Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Faedah PERKESO Bakal Diterima Oleh 2,112 Pekerja Malindo Air Yang Diberhentikan Kerja

1,554

Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memastikan kakitangan Malindo Air mendapat faedah kehilangan pekerja melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP). Ini berikutan terdapat seramai 2,112 orang staf Malindo Air yang diberhentikan kerja atas faktor ekonomi yang meruncing dan menyebabkan syarikat tidak dapat menampung perbelanjaan bayaran gaji kepada para pekerja.

Datuk Seri M. Saravanan juga menyatakan bahawa seramai 439 kakitangan Malindo Air yang menerima notis tanpa gaji untuk tempoh setahun boleh menganggap bahawa kontrak perkhidmatan mereka telah terputus.

INFO RINGKAS MENGENAI SIP / EIS

SIP / EIS  diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2018 dengan tujuan :

  • Membantu pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan dengan bantuan kewangan kepada pencarum yang hilang kerja selam 6 bulan.
  • Membantu pencarum mendapatkan pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan atau Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

TUNTUTAN KEHILANGAN PEKERJAAN BAWAH SIP

Para pekerja Malindo Air boleh mengemukakan tuntutan kehilangan pekerjaan bawah SIP untuk mendapatkan bantuan untuk kelangsungan hidup dan dalam masa yang sama PERKESO akan membantu mereka dalam carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.

Kakitangan Malindo Airways juga layak untuk mengikuti program latihan (reskilling, upskilling) yang disediakan oleh PERKESO atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), di mana yuran latihan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Para pekerja yang terlibat dengan pemberhentian kerja dinasihatkan supaya segera mengemukakan permohonan faedah SIP secara dalam talian melalui :

Faedah PERKESO Bakal Diterima Oleh 2,112 Pekerja Malindo Air Yang Diberhentikan Kerja

PAMPASAN TIDAK MUNASABAH

Terdahulu KSM melalui jabatan dan agensi, Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan PERKESO katanya telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Malindo Airways pada 3 November 2020 bagi memastikan hak-hak pekerja yang terjejas dilindungi dan diberikan bantuan yang sewajarnya.

Pertemuan ini susulan pekerja syarikat berkenaan mendakwa tidak menerima pampasan yang munasabah selepas dibuang dalam tempoh 60 hari.

BANTUAN PROGRAM PENGEKALAN PEKERJAAN (ERP)

Dalam perbincangan yang diadakan semalam, Saravanan berkata pihak pengurusan Malindo Airways menyatakan bahawa mereka menerima bantuan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) untuk dua bulan iaitu bagi bulan April dan Mei 2020.

“Bayaran ERP untuk bulan April telah memberi manfaat kepada 2,112 pekerja Malindo Airways yang melibatkan bayaran sebanyak RM1.26 juta. Sementara itu, bayaran ERP bagi bulan Mei pula telah disampaikan kepada 2,478 pekerja yang membabitkan bayaran RM1.48 juta.

“Semua kakitangan syarikat tersebut yang menerima ERP tidak diberhentikan kerja pada bulan berkenaan. Pihak Malindo Airways juga mengesahkan bahawa kesemua bayaran yang diterima, telah disalurkan kepada semua.”

Beliau turut memaklumkan bahawa rekod PERKESO menunjukkan bahawa Malindo Airways telah menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) berjumlah RM240,000.00 bagi bulan Julai dan Ogos 2020 untuk 200 orang pekerja.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...