Penjawat Awam Berstatus Bujang Meninggal Dunia, Apakah Faedah Terbitan Diterima Ibu Bapa? Ini Jawapannya

Patutlah ramai belia masa kini sangat berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan awam! Mengapa? Ini kerana terdapat pelbagai jenis kelebihan yang disediakan kepada penjawat awam.

Yang paling utama adalah boleh membeli rumah idaman melalui potongan gaji seterusnya mendapat gaji yang stabil beserta elaun-elaun yang agak lumayan diterima pada setiap bulan.

Malah, setelah bersara, pesara kerajaan akan menerima pencen secara bulanan pula. Terdapat satu persoalan disini, sekiranya penjawat awam berstatus bujang meninggal dunia, apakah faedah terbitan yang akan diterima oleh ibu/bapa tanggungan?

PENJAWAT AWAM BUJANG MENINGGAL, SIAPA LAYAK TERIMA FAEDAH TERBITAN?

Untuk pengetahuan anda, penjawat awam berstatus bujang meninggal dunia dan sekiranya:

  • Ibu dan bapa masih hidup, keutamaan faedah terbitan akan diberikan kepada ibu dahulu.
  • Bapa akan layak, sekiranya tiada ibu.

Peringatan! ibu bapa TIDAK LAYAK terima Pencen Terbitan (bayaran bulanan) ya!

FAEDAH TERBITAN & KEMUDAHAN LAYAK TERIMA

Ibu/bapa tanggungan akan menerima Feadah Terbitan dan kemudahan mengikut syarat serta tertakluk kepada keadaan yang tertentu seperti berikut:

1. Ganjaran Terbitan (bayaran sekaligus)

  • Kiraan Ganjaran Terbitan adalah sama formulanya dengan Ganjaran Perkhidmatan bagi penjawat awam yang bersara seperti berikut :7.5% x jumlah bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x gaji pokok akhir.

    Kadar faedah ini besar, tertakluk gaji pokok akhir dan jumlah bulan gemulah berkhidmat.

2. Award Gantian Cuti Rehat (GCR) Terbitan (bayaran sekaligus)

  • ika gemulah ada simpan GCR. Kiraannya adalah sama seperti penjawat awam yang akan bersara :1/30 x jumlah hari GCR terkumpul x (Gaji Pokok Akhir + Imbuhan Tetap)

3. Ex-Gratia Terbitan (bayaran sekaligus)

  • Pengiraan faedah ini seperti nak kira Ganjaran Perkhidmatan di atas dan cuma yang membezakannya adalah kaedah pengiraan jumlah tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira.
  • Jumlah tempoh perkhidmatan yang diambil adalah mulai sehari selepas kematian sehingga tarikh opsyen bersara wajib gemulah sekiranya gemulah masih hidup.

4. Ex-Gratia Kematian (bayaran sekaligus)

  • Faedah ini boleh dipertimbangkan sekiranya tempoh perkhidmatan gemulah kurang 20 tahun.
  • Kalian boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2019.
    Salah satu syarat penting yang lain, kematian bukanlah disebabkan oleh ‘bunuh diri’.

5. Pencen Tanggungan (bayaran bulanan)

  • Tertakluk kepada bagaimana kematian berlaku, faedah ini boleh dipertimbangkan.
  • Secara ringkas, sekiranya kematian berpunca dari kemalangan semasa bertugas yang bukan disebabkan kecuaian atau kematian dari kemalangan yang berlaku sewaktu dalam perjalanan yang bukan juga disebabkan kecuaian, faedah ini boleh dipertimbangkan.
  • Kadarnya adalah 1/6 dari gaji pokok akhir untuk ibu atau bapa bagi gemulah yang bujang.

6. Faedah Perubatan

  • Bagi penjawat Awam Persekutuan, sama ada gemulah memilih Skim Pencen atau Skim KWSP, ibu bapa kepada gemulah boleh dipertimbangkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009.
  • Dapatkan Surat Jaminan/GL dari Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA.
    Bagi gemulah Awam Negeri/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk penerimaan peraturan tanggungan perubatan dan rawatan ini, ibu bapa kepada gemulah boleh dipertimbamgkan.
  • Surat Jaminan/GL boleh dapatkan dari Jabatan Akhir gemulah kerana tanggungan dari Jabatan Akhir gemulah.
Sekiranya gemulah bujang tak ada ibu bapa, hanya ada adik beradik, adik bradik layak GCR Terbitan dan Ganjaran Terbitan sahaja.

Jadi, itulah Faedah Terbitan dan kemudahan yang diperolehi oleh ibu bapa tanggungan terima sekiranya penjawat awam meninggal dunia.

Bagi anda yang mempunyai ibu bapa merupakan pesara kerajaan, boleh buat semakan pencen melalui pautan ini:

Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.