Jangan risau lagi jika anak-anak anda ketagih bermain aplikasi TikTok kerana kini anda sudah boleh membuat pemantauan dengan cara yang lebih mudah.
Kebanyakan anak-anak yang gemar bermain TikTok adalah dikalangan remaja dengan membuat video, lagu serta filter yang menarik. Akibatnya ia telah menyebabkan peningkatan masalah sosial di kalangan remaja tersebut. Ia menyebabkan TikTok mengambil satu langkah yanh efektif agar ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka yang menggunakan aplikasi TikTok dalam kehidupan seharian.
FAMILY PAIRING TIKTOK
Isi Kandungan
Akhirnya TiktTok memperkenalkan satu ciri baharu untuk pemantauan anak-anak yang dinamakan FAMILY PAIRING untuk meningkatkan privasi aplikasi ini. Secara tidak langsung ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak mereka ketika menggunakan TikTok.
Ciri ini dapat menghubungkan akaun TikTok ibu bapa dengan anak-anak untuk mengubah kebolehcaarian dan kawalan keselamatan secara langsung.
CIRI-CIRI FAMILY PAIRING TIKTOK
Antara ciri-ciri FAMILY PAIRING yang ditawarkan ialah:
1. CARIAN
Kawal secara langsung kandungan yang anak anda boleh cari, akaun pengguna, tanda pagar atau bunyi dan audio
2. KOMEN
Tentukan siapa yang boleh melakukan komen video (semua orang, rakan, tidak boleh komen langsung).
3. KEBOLEHTEMUAN
Tentukan sama ada akaun anak anda dalam tetapan private atau umum.
4. VIDEO YANG DISUKAI
Tentukan siapa yang boleh tonton video yang disukai anak-anak.
CARA TETAPKAN FAMILY PAIRING TIKTOK
- Masuk ke aplikasi TikTok
- Klik FAMILY PAIRING
- Klik CONTINUE
- Klik PARENT
- Kemudian scan kod yang tertera untuk link ke account anak anda.
- Siap.
Jadi, ibu bapa boleh memantau apa sahaja aktiviti anak-anak melalui Family Pairing ini dan menyekat sedikit kebebasan mereka ketika menggunakan media sosial agar tidak berlaku perkara yangtidak diingini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.