Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tahukah Anda Mengenai Fungsi Masa Di MySejahtera Pantau Had 2 Jam Maksimum Setiap Pelanggan

1,184

Mungkin ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa aplikasi MySejahtera mempunyai fungsi masa yang mana ia akan mengawal masa anda untuk memasuki mana-mana premis dengan had yang ditetapkan.

Had yang ditetapkan adalah selama 2 jam sahaja dan anda digalakkan untuk keluar daripada premis tersebut sebelum masa yang ditetapkan telah tamat.

Hal ini kerana masa untuk anda berbelanja di premis tersebut dipantau menerusi aplikasi MySejahtera yang telah anda imbas sebaik sahaja memasuki premis.

TARIKH KUATKUASA HAD MASA PREMIS PERNIAGAAN

Tarikh kuatkuasa had masa dan premis telah dilaksanakan bermula:

  • 25 Mei 2021

Hal ini kerana KPDNHEP telah mengumumkan tempoh masa pelanggan dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan maksimum dua jam,
mengikut prosedur operasi standard (SOP) PKP 3.0 sektor perdagangan pengedaran berkuatkuasa Selasa.

Tahukah Anda Mengenai Fungsi Masa Di MySejahtera Pantau Had 2 Jam Maksimum Setiap Pelanggan

HAD MASA MEMASUKI PREMIS

Untuk pengetahuan anda, had masa untuk memasuki satu-satu premis perniagaan adalah selama:

  • 2 jam had maksimum sahaja

CARA HAD MASA DITENTUKAN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, rekod itu akan diperoleh sebaik sahaja pelanggan membuat imbasan ketika memasuki premis.

Selain itu, pemilik premis juga perlu:

  • Membuat pemantauan secara kendiri yang terbaik agar pelanggan atau pembeli mematuhi had masa yang telah ditetapkan.
  • Pemilik premis disaran untuk sentiasa membuat siar raya bagi mengingatkan pelanggan mematuhi had masa dua jam ditetapkan.
  • Anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) juga akan membuat pemantauan secara rawak di premis tumpuan ramai.
  • Pelanggan juga dinasihatkan untuk buat kawalan kendiri dan patuhi had masa yang ditetapkan.

Selain dari itu, semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan seorang bagi setiap empat meter persegi.

PENGUATKUASAAN SOP PKP 3.0

  1. Menetapkan waktu operasi sektor perdagangan pengedaran termasuk semua premis peruncitan, pemborongan, pengedaran dan restoran dihadkan antara jam 8 pagi sehingga 8 malam.
  2. Kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak digalakkan dibawa ke premis peruncitan bagi tujuan keselamatan, bukannya langsung tidak dibenarkan.
  3. Aktiviti premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ dalam kereta, Alexander berkata, ia adalah tidak dibenarkan.

Rujuk:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...