Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini Ganjaran Dan Bantuan Dari JPA Sekiranya Penjawat Awam Meninggal Dalam Tempoh Perkhidmatan

3,184

Apa yang perlu dilakukan sekiranya ahli keluarga anda yang merupakan seorang penjawat awam meninggal dunia ketika berada dalam tempoh perkhidmatan? Pastinya ramai disini yang masih lagi tidak tahu apa yang perlu dilakukan serta tidak mengetahui bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada penjawat awam atau warisnya ketika meninggal dunia ketika masih lagi berkhidmat.

JPA memberikan beberapa ganjaran atau bantuan kepada para penjawat awam serta waris mereka dalam beberapa bentuk untuk dimanfaatkan sekiranya berlaku kematian ketika masih berkhidmat.

Apakah ganjaran atau bentuk bantuan tersebut?

5 JENIS GANJARAN DAN BANTUAN KEPADA PENJAWAT AWAM

Antara 5 jenis ganjaran dan bantuan yang diberikan kepada JPA kepada penjawat awam yang meninggal dunia ketika berada dalam tempoh perkhidmatan serta warisnya ialah :

1 KHAIRAT

  • Bagi penjawat awam yang meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan khairat berjumlah RM3000 dan juga kos pengangkutan jenazah.

2 GANJARAN TERBITAN

  • Faedah pembayaran sekaligus yang dibayar kepada waris berdasarkan pengiraan :
  • 7.5% x Jumlah Genap Bulan Berkhidmat x Gaji Terakhir.

3 PENCEN TERBITAN

  • Pencen bulanan yang terbit akibat kematian anggota yang dibayar kepada tanggungan berdasarkan pengiraan :
  • 1 / 600 x jumlah genap bulan perkhidmatan x Gaji terakhir.
    (Bagi yang berkhidmat kurang 10 tahun, formula yang digunakan ialah 1 / 5 x gaji akhir)

4 GANJARAN CUTI REHAT

  • Maksimum 150 hari
  • Ganjaran yang dibayar bagi menggantikan cuti yabg terkumpul. Formula pengiraan ialah 1 / 30 x Jumlah Cuti Terkumpul x Gaji akhir (termasuk elaun)

5 EX GRATIA

  • Pembayaran Ex Gratia Kematian Sekaligus (Pekeliling Bil 11/2019).
  • Pekeliling terbaru sepertimana diumumkan dalam Bajet 2019 iaitu pembayaran ex gratia sekaligus kepada waris anggota yang meninggal dalam perkhidmatan.
  • Bagi yang berkhidmat kurang 5 tahun akan menerima ex gratia berjumlah RM150,000.
  • Berkhidmat antara 5 tahun ke 10 tahun RM100,000.
  • Berkhidmat antara 10 ke 15 tahun sebanyak RM75,000.
  • Berkhidmat antara 15 ke 20 tahun menerima ex gratia berjumlah RM50,000
  • Berkhidmat melebihi 20 tahun tidak akan menerima ex gratia. Ini kerana faktor pencen yang diterima.
  • Penjawat awam yang baru berkhidmat menerima ex gratia sekaligus lebih tinggi kerana pencen mereka lebih kecil berbanding yang telah lama berkhidmat.

FORMULA PENGIRAAN BESERTA CONTOH

Berikut adalah formula pengiraan beserta contoh untuk dijadikan panduan anda :

1 FORMULA PENGIRAAN GANJARAN PERKHIDMATAN, PENCEN PERKHIDMATAN

Apa Yang Perlu Waris Lakukan Sekiranya Penjawat Awam Meninggal Dalam Tempoh Perkhidmatan?

2 AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT, FAEDAH TERBITAN DAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH

Apa Yang Perlu Waris Lakukan Sekiranya Penjawat Awam Meninggal Dalam Tempoh Perkhidmatan?

3 PENGIRAAN EX-GRATIA TERBITAN, PENCEN BUKAN HAK MUTLAK DAN PEMBERHENTIAN BAYARAN PENCEN

Apa Yang Perlu Waris Lakukan Sekiranya Penjawat Awam Meninggal Dalam Tempoh Perkhidmatan?

Kredit : Cikgu Zahran

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...