Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Garam dan Underwear Antara Apa Yang Rakyat Malaysia Beli Sepanjang PKP, Ini Senarai Lengkapnya

1,388

Mungkin kerana kebosanan semenjak PKP dilaksanakan dan diperketatkan, jadi kaum wanita terutamanya, memilih untuk membeli belah secara online.

Tetapi apa yang menjadi tanda tanya disini, mengapa pakaian dalam dan garam mendapat peratusan yang tinggi pembeliannya secara online?

Pelik tetapi itulah kenyataannya.

Benda ini bukanlah satu cerita rekaan kerana ianya telah didedahkan menerusi satu kaji selidik oleh Commerce.Asia Group of Companies (Commerce.Asia), yang menganalisis trend jualan beberapa produk di platform e-dagang dalam tempoh 30 hari semasa PKP dan 30 hari sebelum PKP. Rata-ratanya setiap produk menunjukkan peningkatan dalam jualan.

Peratusan Pembelian Barang Online Semasa PKP

Berikut adalah peratusan pembelian barang mengikut kategori.

mco buying

Atau anda boleh juga lihat carta dibawah.

garam dan pakaian dalam

Berdasarkan peratusan di atas, pakaian dalam wanita mencapai sehingga 909% pembeliannya sepanjang PKP ini. Mungkin kaum wanita bermula daripada umur remaja sehingga wanita dewasa merasakan lebih senang untuk membeli pakaian dalam melalui online kerana kebanyakannya pasaraya yang menjual pakaian dalam ini telah ditutup.

Selain daripada itu, bahan masakan seperti garam juga mencapai sebanyak 250% pembeliannya secara online. Mungkin kerana kaum ibu yang tinggal di rumah terlalu kerap memasak sehingga perlu membeli garam  secara online. Tidak perlu keluar rumah, tempah dan sampai hingga ke pintu rumah.

Malahan kesan daripada kekerapan memasak, penjualan perkakasan dapur seperti periuk dan kuali meningkat peratusnya sehingga 880% manakala serbuk gelatin juga dibeli secara online dan peratusannya adalah sebanyak 347%. Mungkin semasa PKP ini masing-masing menggunakan skill memasak untuk mengisi masa yang terluang.

Normal Baharu

Berdasarkan pembelian ini, ia telah memberikan satu impak yang besar dalam perniagaan secara online atau e-dagang. Ia kelihatan menjadi satu perkara normal baharu dan kemungkinan perkara ini akan berterusan walaupun PKP telah tamat nanti.

Persediaan Peniaga Online

Peniaga online perlu memastikan mereka memenuhi pesanan dan memastikan pengaturan logistik dilaksanakan secara efisein agar serahan tepat pada masa serta melengkapkan diri mereka menghadapi perkara ini. Peniaga juga perlu menambah kakitangan dan sumber yang sesuai bagi menguruskan operasi dari jarak jauh serta melancarkan operasi perniagaan mereka.

beli brg online

Jadi apa lagi yang boleh dilakukan selain membeli benda yang diingini sepanjang PKP ini selain secara online sahaja?

Bimbang Covid-19 semakin menular, lebih baik shoppping online. Duduk di rumah, buat pembelian dan terima barang. Mudah.

Selamat bershopping semua.

Sumber :

  • soyacincau
  • commerce.asia
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...