Kes Cikgu Azizan mendapat perhatian ramai. Ada yang menyokong tindakan beliau malah ramai juga yang mengecam. Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan garis panduan hukuman denda dan senarai denda / hukuman yang dilarang KPM ke atas pelajar-pelajar sekolah.
Ibu bapa, para pelajar dan cikgu-cikgu diminta beri perhatian supaya kes yang sama tidak berulang kembali.
Hukuman Yang Dilarang KPM
Isi Kandungan
Berikut adalah denda dan hukuman yang dilarang KPM.
A. Hukuman Terhadap Fizikal
- Berdiri lama di tengah panas
- Lari keliling padang
- Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
- Memukul diri sendiri/sesama sendiri
- Berdiri di atas kerusi atau meja
- Menarik rambut atau telinga
- Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
- Junjung kerusi/buku
- Cubit/enjut/ketuk ketampi/mendada/ketuk/sekel kepala
B. Hukuman Terhadap Mental & Emosi
- Gunting rambut
- Berdiri membuat latihan
- Berleter
- Gantung tulisan di badan
- Memalukan di khalayak ramai
- Kelas tahanan pada waktu rehat
- Memaki hamun
- Conteng muka dengan kapur
- Koyak buku latihan
- Mengugut atau mengertak murid
- Tidak menghiraukan murid
- Tidak menanda buku latihan
Apa Pendapat Anda?
Selepas membaca larangan-larangan denda yang tidak boleh dikenakan kepada pelajar, barulah kita sedar susah juga jadi guru.
Apa pendapat anda pula?