Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP Fasa II Diperketatkan : Garis Panduan SOP PKP Fasa II

Pengenalan

Isi Kandungan

Hari ini adalah hari terakhir bagi Perintah Kawalan Pergerakan Fasa pertama akan berakhir. Namun pada 25 Mac 2020 lalu, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan bermula 1 April sehingga 14 April 2020.

Sehubungan itu Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan melalui media bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Fasa 2 PKP ini dilaksanakan berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilaksanakan di Simpang Renggam, Kluang dan Hulu Langat.

Cuma bagi Fasa 2 PKP ini terdapat beberapa perubahan yang perlu di ambil berat oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP Fasa 2 ini laksanakan.

PKPD menggariskan sesiapa pun tidak boleh keluar rumah, tetapi SOP baharu bagi fasa kedua ini jauh sekali daripada perintah berkurung yang diuar-uarkan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

PKP Fasa II

Berikut adalah SOP yang dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah keputusan diputuskan di dalam mesyuarat.

pkp2_1

pkp2_2

pkp2-3

pkp2_4

Harapan

Beliau juga berharap agar semua rakyat Malaysia mematuhi SOP ini serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan menjaga jarak social distancing dalam setiap urusan seperti mana yang telah diarahkan agar wabak ini dapat dibendung dengan lebih baik.

Kita sudah lengkapkan dua minggu pertama (PKP) dan ada dua minggu lagi. Kejayaan seterusnya adalah bergantung kepada kita semua bagaimana kita lakukan (untuk patuh kepada arahan).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Justeru kita sebagai rakyat Malaysia perlu patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan demi keselamatan kita bersama dan terima kasih buat semua frontliner yang bertungkus lumus sepanjang tempoh yang genting ini.

#stayathome

You might also like
Leave A Reply

Your email address will not be published.