Geran RM300,000 Galakan Pekebun Kecil Berniaga Getah Krip

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mempunyai pelbagai rancangan untuk memajukan pekebun kecil dengan menyedian geran sebanyak RM300,000 sebagai galakan kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan  getah krip (crepe rubber).

Untuk pengetahuan semua, geran RM300,000 ini akan disalurkan melalui setiap koperasi yang akan dianggotai pekebun kecil dan ianya berupaya meningkatkan peranan dan taraf ekonomi pekebun kecil getah di Malaysia.

Selain dari itu, pekebun kecil yang berada di bawah RISDA dan LIGS layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh yang diberikan pada Disember 2020 serta pada Januari dan Februari 2021 seperti yang dinyatakan disini.

GERAN RM300,000 MEMBELI MESIN

Menurut Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, geran sebanyak RM300,000 diberikan kepada koperasi dengan tujuan untuk:

  • Membeli mesin memproses getah sekerap kepada getah krip.

Pendekatan ini adalah dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil menerusi produk baharu dan tidak terikat dengan satu produk sahaja untuk menghasilkan pendapatan masing-masing.

Geran RM300,000 Galakan Pekebun Kecil Berniaga Getah Krip

SASAR 20 KOPERASI PEKEBUN KECIL

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan hanya 20 koperasi pekebun kecil bagi peringkat permulaan yang menyahut cabaran memulakan perniagaan getah krip ini.

“Kaedah ini membolehkan koperasi membeli getah sekerap pekebun pada harga lebih tinggi kerana produk getah krip yang dihasilkan kelak juga mampu dijual dengan harga tinggi.

“Ini kerana Perbadanan Lembaga Getah Malaysia (LGMPC) akan membeli getah krip terbabit kemudian menjualnya ke pasaran dunia.”

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Keuntungan yang diperolehi koperasi akan dipulangkan kepada pekebun kecil selaku ahli koperasi menerusi pembayaran dividen lebih tinggi.

PERUNTUKAN INTENSIF PENGELUARAN GETAH (IPG)

Harga lantai getah dijangka dapat ditingkatkan menerusi peruntukan Intensif Pengeluaran Getah (IPG) sebanyak RM300 juta dalam Belanjawan 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, peruntukan disediakan itu wajar ketika penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan penyusutan harga getah ketika ini.

Menurutnya, pada masa sama aplikasi RRIMNiaga yang akan diwajibkan kepada peraih bermula Januari tahun depan juga akan dapat membantu sektor komoditi itu berada dalam paras terbaik.

Strategi jangka masa panjang bukan sahaja bergantung pada IPG tetapi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi perkenalkan getah krip untuk tingkatkan pengeluaran getah.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.