Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Fenomena Gerhana Bulan Penuh & Cara Solat Sunat Khusuf Untuk Panduan Anda

1,256

Fenomena gerhana bulan penuh atau Super Flower Blood Moon akan berlaku pada 26 Mei 2021 seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Untuk pengetahuan anda juga, fenomena gerhana bulan penuh atau Super Flower Blood Moon telahmuncul semula selepas kali terakhir kelihatan pada 2018.

Fenomena ini juga fasa penuh fenomena gerhana ‘Super Flower Blood Moon’hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung Malaysia.

Di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, orang ramai di sana berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal.

TARIKH & MASA FENOMENA GERHANA BULAN PENUH

Tarikh dan masa berlakunya fenomena gerhana bulan penuh adalah seperti berikut:

  • 26 Mei 2021
  • Bemula sekitar jam 4.47 petang hingga 9.50 malam

INFO KEJADIAN FENOMENA GERHANA BULAN PENUH

Bagaimanakah kejadian fenomena gerhana bulan boleh berlaku?

Ia berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.

Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap manakala penumbra, bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih bersinar kepada kemerahan. Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar.

Fenomena Gerhana Bulan Penuh & Cara Solat Sunat Khusuf Untuk Panduan Anda

 

FASA GERHANA BULAN DI MALAYSIA

Terdapat beberapa fasa gerhana bulan di Malaysia seperti berikut:

1. Sekitar jam 4.47 petang

Fasa gerhana penumbra (P1)

– Bulan mula memasuki penumbra.

-Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk

2. Sekitar jam 5.44 petang

Fasa gerhana separa bermula (U1)

– Bulan mula memasuki umbra

– Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk

3. Sekitar jam 7.11 malam

Fasa gerhana penuh bermula (U2)

– Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh

– Boleh dilihat di Sabah dan Sarawak sahaja ketika bulan terbit dan rendah di ufuk timur.

4. Sekitar jam 7.19 malam

Maksimum

– Gerhana maksimum

– Boleh dilihat di Semenanjung ketika bulan sedang terbit dan rendah di ufuk timur

5. Sekitar jam 7.25 malam

Fasa gerhana penuh tamat (U3)

– Bulan mula keluar dari umbra

– Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk

6. Sekitar jam 8.52 malam

Fasa gerhana separa tamat (U4)

– Bulan keluar sepenuhnya dari umbra

– Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk

7. Sekitar jam 9.49 malam

Fasa gerhana penumbra tamat (P4)

– Bulan keluar sepenuhnya dari penumbra

– Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk

PANDUAN SOLAT SUNAT KHUSUF

Bagi umat Islam pula, anda digalakkan untuk menunaikan Solat Sunat Khusuf seperti berikut:

A. Solat Gerhana Bulan (Khusuf)

1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.

2. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

Aku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.

4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ
اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات

5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات

B. Cara Solat Sunat Khusuf

Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:

1. Cara Pertama
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

a. Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram.
  2. Membaca doa iftitah.
  3. Membaca Ta`awudz.
  4. Membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
  6. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
  7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
  8. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
  9. Iktidal.
  10. Sujud dan membaca tasbih.
  11. Duduk antara 2 sujud.
  12. Sujud kembali.
  13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

  1. Membaca surah al-Fatihah.
  2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
  3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
  4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau mana-mana surah.
  5. Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
  6. Iktidal.
  7. Sujud dan membaca tasbih.
  8. Duduk antara 2 sujud.
  9. Sujud kembali.
  10. Membaca tasyahud akhir.
  11. Memberi salam.

C. Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

“Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari r.a.)

Fenomena Gerhana Bulan Penuh & Cara Solat Sunat Khusuf Untuk Panduan Anda

Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...