Tidak Perlu Pencuci Mahal
Isi Kandungan
Selain digunakan untuk memasak, cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan ruang persekitaran rumah anda. Anda tidak perlu memikirkan jenama pencuci apa yang sesuai untuk anda mencuci rumah anda yang bersesuaian untuk kegunaan lantai, bilik air dan sebagainya. Gunakan cuka dan selamat tinggal pencuci mahal.
Kegunaan Cuka Untuk Pembersihan
Berikut dikongsikan penggunaan cuka untuk membersihkan rumah mengikut bahagian-bahagian di rumah anda.
1. Mencuci Karpet
Anda boleh menyembur kotoran yang ada pada karpet rumah anda dengan cuka. Cuka yang dicampur dengan air iaitu dengan nisbah yang sama, dimasukkan ke dalam penyembur air dan sembur pada karpet yang kotor. Kemudian gosok dengan kain kering dan kotoran akan hilang.
2. Mencuci Microwave Oven
Anda hanya perlu campurkan setengah cawan cuka dan setengah cawan air ke dalam mangkuk dan didihkan didalam microwave. Setelah siap, kotoran yang melekat di microwave anda akan tanggal dan anda boleh mencucinya hingga bersih.
3. Mencuci Mangkuk Tandas
Anda hanya perlu mencurahkan cuka di mangkuk tandas dan gunakan berus tandas untuk memberus sehingga bersih.
4. Mencuci Rak Ruang Peti Ais
Anda hanya perlu mencampurkan cuka dan air kemudian celupkan kain yang bersih ke dalam campuran tadi dan cuci peti ais sehingga bersih.
5. Bersihkan Cermin Tingkap Dan Kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah campuran 50:50 kemudian lapkan ke cermin atau tingkap anda. Kemudian lap cermin atau tingkap dengan kain yang bersih.
6. Menghilangkan Bau Pada Tong Sampah AtauTempat Pengumpulan Sampah.
Tuangkan sehingga rata setengah cawan serbuk penaik (baking soda) dan setengah cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas. Bau hilang, tong sampah juga bersih.
7. Kembalikan Seri Gelas
Rendamkan kain atau kertas tisu tebal ke dalam cuka pekat dan bungkus peralatan gelas tersebut menggunakannya. Biarkan seketika dan akhirnya bilas.
8. Bersihkan Lantai Sampai Berkilat
Campurkan sebaldi air masak dengan pewangi pakaian satu penutup dan cuka 5 titik sahaja. Campurkan hingga sebati dan rendamkan mop, perah dan terus mop lantai anda. Lantai akan bersih dan kelihatan berkilat.
9. Mencuci Exhaust Fan
Anda boleh membersihkan minyak pada exhaust fan atau cooker hood. Celupkan span ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian berminyak sehingga bersih.
10. Mencuci Kerak Lantai Dan Dinding Bilik Mandi
Campurkan cuka dengan garam dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sembur ditempat yang berkerak dan gosok. Cuci dengan air dan lantai atau dinding bilik air anda. .
Banyak betul kegunaan cuka selain untuk memasak. Peralatan dan rumah juga bersih dengan hanya menggunakan cuka. Rumah bersih dan menjimatkan wang.
Semoga dengan perkongsian kegunaan cuka ini memberi manfaat buat anda di sana. Jom cuci rumah bersih-bersih.
Sumber :
- mingguanwanita.my
- vanillakismis.my
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.