Bagi anda yang berniaga di Facebook dan Instagram lebih menggemari sekiranya pelanggan atau pembeli menghubungi anda secara terus ke Whatsapp untuk memudahkan setiap urusan jual beli yang dikendalikan.
Tetapi agak sukar bagi pembeli sekiranya perlu menyalin semula nombor telefon penjual. Sebolehnya biar pembeli klik dan terus ke Whatsapp anda untuk bertanyakan soalan mengenai barang yang anda jual.
Untuk memudahkan anda, sila ikuti cara-cara mudah untuk menggunakan ‘Direct Link’ Whatsapp di Facebook dan Instagram anda seperti di bawah.
Cara Membuat Direct Link
Isi Kandungan
Berikut adalah web dan aplikasi yang mudah untuk anda membuat ‘Direct Link’ untuk Facebook dan Instagram.
- Wapp Web
- Whatsapp Business
1. Wapp Web
- Klik https://wapp.my
- Masukkan nombor telefon anda.
- Pastikan masukkan kod nombor telefon Malaysia sebelum memasukkan nombor telefon anda (60123456789)
- Masukkan mesej anda
- Klik ‘Submit’ dan link anda adalah seperti berikut : https://wapp.my/60123456789/testing123
- ‘Copy’ dan ‘Paste’ link tadi atau anda boleh ‘Scan Qr Code’.
- Link ini akan redirect pembeli kepada anda.
2. Whatsapp Business
- Klik 3 titik penjuru Whatsapp Business anda
- Klik Setting
- Klik Business Setting
- Klik ‘Short Link’
- Dapat link seperti di bawah
- Boleh share terus link ke aplikasi lain seperti Instagram, Telegram atau Twitter.
- Edit link untuk tambah info dibahagian ‘ Create A Default Message’
Cara Pendekkan Link
Untuk memendekkan link yang panjang,anda boleh ikuti cara berikut :
- Klik Bitly
- Masukkan link anda
- Klik ‘ Shorten’
Tiny URL
- Klik Tiny URL
- Masukkan link dan klik ‘ Make Tiny URL’
Mudah bukan untuk membuat ‘Direct Link’? Dalam masa yang sama juga ia memudahkan urusan jual beli anda dengan pelanggan.
Hanya dengan satu klik, berjaya menghubungi anda dengan mudah dan pantas.
Selamat mencuba.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.