Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Guna Direct Link Whatsapp Untuk FB dan Insta? Ini Caranya

12,657

Bagi anda yang berniaga di Facebook dan Instagram lebih menggemari sekiranya pelanggan atau pembeli menghubungi anda secara terus ke Whatsapp untuk memudahkan setiap urusan jual beli yang dikendalikan.

Tetapi agak sukar bagi pembeli sekiranya perlu menyalin semula nombor telefon penjual. Sebolehnya biar pembeli klik dan terus ke Whatsapp anda untuk bertanyakan soalan mengenai barang yang anda jual.

Untuk memudahkan anda, sila ikuti cara-cara mudah untuk menggunakan ‘Direct Link’ Whatsapp di Facebook dan Instagram anda seperti di bawah.

Cara Membuat Direct Link

Berikut adalah web dan aplikasi yang mudah untuk anda membuat ‘Direct Link’ untuk Facebook dan Instagram.

  1. Wapp Web
  2. Whatsapp Business

1. Wapp Web

  • Klik https://wapp.my
  • Masukkan nombor telefon anda.
  • Pastikan masukkan kod nombor telefon Malaysia sebelum memasukkan nombor telefon anda (60123456789)

wapp

  • Masukkan mesej anda

letak mesej

  • Klik ‘Submit’ dan link anda adalah seperti berikut : https://wapp.my/60123456789/testing123

wapp3

  • ‘Copy’ dan ‘Paste’ link tadi atau anda boleh ‘Scan Qr Code’.
  • Link ini akan redirect pembeli kepada anda.

wapp4

2. Whatsapp Business

  • Klik 3 titik penjuru Whatsapp Business anda
  • Klik Setting
  • Klik Business Setting

business setting

  • Klik ‘Short Link’

shortlink

  • Dapat link seperti di bawah

link

  • Boleh share terus link ke aplikasi lain seperti Instagram, Telegram atau Twitter.

share link

  • Edit link untuk tambah info dibahagian ‘ Create A Default Message’

create

link panjang

Cara Pendekkan Link

Untuk memendekkan link yang panjang,anda boleh ikuti cara berikut :

  • Klik Bitly
  • Masukkan link anda
  • Klik ‘ Shorten’

bitly

Tiny URL

  • Klik Tiny URL
  • Masukkan link dan klik ‘ Make Tiny URL’

tiny

Mudah bukan untuk membuat ‘Direct Link’? Dalam masa yang sama juga ia memudahkan urusan jual beli anda dengan pelanggan.

Hanya dengan satu klik, berjaya menghubungi anda dengan mudah dan pantas.

Selamat mencuba.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...