Jangan Lupa! 18,702 Guru DG41 Akan Diambil Secara One-Off Julai Ini Melalui SPP. Semak Cara Mohon Disini
Bimbang dengan kekurangan guru diseluruh Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuka sebanyak 18,702 jawatan kosong guru DG41 secara one-off.
Untuk pengetahuan semua, permohonan yang akan dibuka pada Julai ini adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan penempatan akan dilakukan secara berperingkat mulai Oktober 2021.
Dapatkan maklumat seterusnya mengenai permohonan jawatan kosong guru DG41 sebanyak 18,702 disini.
JUMLAH KEKOSONGAN JAWATAN GURU DG41
Isi Kandungan
Jumlah keseluruhan kekosongan jawatan Guru DG41 adalah sebanyak:
- 18,702
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan akan dibuka mulai:
- 7 Julai 2021
TARIKH PENEMPATAN GURU DG41
Penempatan guru secara berperingkat disekolah masing-masing akan bermula pada:
- Oktober 2021
NEGERI JUMLAH KEKOSONGAN GURU TERTINGGI
Terdapat 4 jumlah kekosongan guru tertinggi di Malaysia adalah seperti berikut:
- Selangor
- Johor
- Sarawak
- Sabah
MATA PELAJARAN KEKURANGAN GURU/KRITIKAL
Antara mata pelajaran dengan kekurangan guru yang tinggi pada masa kini adalah seperti berikut:
SEKOLAH RENDAH
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
SEKOLAH MENENGAH
- Bahasa Melayu
- Bahsa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Reka Bentuk & Teknologi
CARA MOHON GURU DG41 SPP
Untuk membuat permohonan Guru DG41 one-off melalui SPP adalah seperti berikut:
- Klik pautan ini : Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP)
- Isi permohonan baru dan tidak dibenarkan menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN yang digunakan untuk log masuk ke JobsMalaysia sebelum ini.
- Dapatkan MYID dan daftarkan akaun baru anda dengan menggunakan MYID sebelum mengisi permohonan dan klik DAFTAR BAHARU.
- Seterusnya sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan masukkan KOD KESELAMATAN.
- Klik DAFTAR dan klik DAFTAR MASUK untuk kemaskini maklumat anda.
- Klik SIMPAN bagi setiap maklumat yang telah dikemaskini.
Masukkan JAWATAN DIMOHON, klik SIMPAN. - Klik bahagian PENGAKUAN PEMOHON, klik SAYA SETUJU dan klik HANTAR.
- Paparan slip akan keluar seperti dibawah. Cetak slip ini dan simpan.
- Klik SEMAKAN PERMOHONAN dan lihat permohonan yang telah didaftarkan.
- Permohonan anda selesai.
Rujuk: Cara Daftar MySPP Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan Sebagai Pencari Kerja
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 secara one-off, sila layari:
- Facebook Kementerian Pendidikan
- Talian Hotline mySPP : 03-8091 4019 / 4020 / 4021 / 4022
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.