Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Semakan Status Pendaftaran Haji 2018 Dan Jadual Kursus Haji Terkini

1,965

Semakan status pendaftaran Haji 2018 boleh dibuat secara online melalui laman web https://www.thijari.com.my/

Untuk makluman, kuota haji Malaysia adalah sebanyak 30,200 orang berasaskan perangkaan penduduk Malaysia pada masa kini.

Berikut dikongsikan maklumat lengkap proses pendaftaran haji, kos dan bayaran haji serta jadual kursus haji terkini yang dijalankan di seluruh Malaysia.

Kos & Bayaran Haji

Kos haji terkini bagi musim haji semasa adalah seperti di bawah:

[table id=2 /]

Kos tersebut tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan.

Sebelum mendaftar haji, sila penuhi syarat-syarat di bawah:

  • Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM1,3000
  • Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif
  • Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun
  • Pendaftaran haji ahli KWSP boleh dilakukan dengan syarat berumur bawah 55 tahun (rujuk Pengeluaran Haji KWSP)

Semakan Pendaftaran Haji 2018

carta pengurusan haji

Pendaftaran haji boleh dibuat secara online di laman web Tabung Haji atau di mana-mana cawangan TH di seluruh Malaysia.

Selain itu anda juga boleh mendaftar haji di Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank dan ATM BIMB.

Anda hanya perlu membawa MyKad dan MyKid bagi yang berumur 12 tahun ke bawah.

Pendaftaran bagi individu lain hanya dibenarkan atas kaitan suami / isteri / anak / ibu / ayah sahaja dengan syarat MyKad individu yang hendak didaftarkan dibawa bersama.

Salinan MyKad bagi membuat pendaftaran bagi pihak lain juga diterima dengan syarat membawa bersama dokumen sokongan sebagai bukti pertalian keluarga (contoh : sijil kelahiran / dokumen pengesahan nikah).

Bakal haji diminta menguruskan sendiri urusan passport masing-masing. Cawangan TH akan menghubungi bakal-bakal haji untuk urusan serahan passport apabila sampai masanya kelak.

Pastikan nama anda tidak disenarai hitam ketika proses membuat passport nanti.

Kursus Haji Terkini

Sila klik negeri masing-masing untuk download jadual kursus haji terkini 2018.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kursus haji sila hubungi THCC ditalian 03-6207 1919.

Tarikh Penerbangan Haji

Lazimnya penerbangan ke Tanah Suci akan bermula pada 1 Zulkaedah tahun semasa sehingga 3 Zulhijjah.

Manakala penerbangan balik dijangka bermula pada 16 Zulhijjah sehingga 14 Muharram tahun semasa.

Rayuan Haji

Rayuan haji boleh terus dihantar ke kaunter-kaunter 125 cawangan termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran atau melalui pos.

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk tujuan penilaian.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di 03-6207 1919.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...