Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Senarai Harga Terkini Membuat Lesen Motosikal Dan Kereta

0 2,501

Terdapat sedikit perubahan pada harga membuat lesen kenderaan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Untuk pengetahuan semua, harga ini termasuk latihan, kelas dan juga ujian.

Dalam proses mendapatkan lesen kenderaan, seseorang itu perlu menjalani sesi latihan serta pembelajaran terlebih dahulu sebelum menduduki ujian. Ujian memandu terbahagi kepada beberapa seksyen termasuklah secara teori dan juga amali. Calon perlu lulus dalam semua seksyen untuk memiliki lesen.

Bayaran ataupun harga untuk anda membuat lesen berbeza bagi setiap Institut Memandu. Perubahan harga lesen memandu ini sering berlaku setiap tahun.

Di dalam artikel ini disediakan senarai harga untuk anda membuat lesen motosikal dan kereta bagi tahun 2018.

SYARAT-SYARAT MEMILIKI LESEN MEMANDU

Untuk lesen motosikal sama ada motosikal biasa, B2 ataupun motosikal berkuasa tinggi 500cc (Superbike), B-Full, anda perlu mencapai umur 16 tahun (mengikut tarikh lahir) dan ke atas.

Bagi anda yang ingin memohon lesen kereta pula sama ada transmisi automatik mahupun manual, anda haruslah mencapai umur 17 tahun (mengikut tarikh lahir) dan ke atas.

Selain itu, bagi memohon lesen bas atau lori yang juga dikenali sebagai lesen E, anda perlu mencapai umur 21 tahun (mengikut tarikh lahir) dan ke atas.

KATEGORI LESEN DAN KELAS KENDERAAN

Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk mengetahui kategori lesen dan juga kelas kenderaan.

Senarai Harga LesenHARGA TERKINI LESEN MEMANDU BAGI TAHUN 2018

Oleh kerana setiap Intitut Memandu menawarkan pakej pembelajaran dan latihan memandu beserta ujian memandu bagi semua kelas kenderaan dengan harga yang berbeza, maklumat harga yang tepat dalam proses pembuatan lesen tidak dapat diberikan.

Namun, anda masih boleh mengetahui jumlah anggaran harga dalam membuat lesen tersebut.

Anggaran harga adalah seperti berikut:

  • Lesen motosikal B2 = Maksimum harga adalah RM 450. (Harga mestilah tidak lebih daripada RM 450)
  • Lesen motosikal B = Maksimum harga adalah  RM 1,100 (Harga mestilah tidak melebihi RM 1,100)
  • Lesen kereta D = Maksimum RM 1,300 (Harga mestilah tidak melebihi RM1,300)
  • Lesen kereta AD = Maksimum RM 1,500 (Harga mestilah tidak melebihi RM 1,500)

Senarai Harga Membuat Lesen 2

Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan harga pakej latihan, pembelajaran dan ujian yang telah ditawarkan oleh Institut Memandu. Terdapat sesetengah Institut Memandu yang mengambil harga maksimum iaitu lebih mahal daripada institut-institut yang lain.

Jadi, anda perlu menjadi pengguna yang bijak dengan membandingkan harga terlebih dahulu sebelum memilih pakej tersebut. Untuk tujuan pembayaran, anda boleh membuat bayaran secara tunai dan boleh juga secara ansuran mengikut jumlah yang ditetapkan.

TIPS MEMILIH TARIKH DAN MASA UNTUK KELAS DAN UJIAN MEMANDU

Tahukah anda bahawa anda boleh memilih sendiri tarikh dan masa bagi sesi kelas, latihan dan juga ujian. Terdapat dua seksyen dalam ujian ini iaitu ujian teori online dan ujian memandu.

Ujian teori ini akan melayakkan anda memegang lesen L jika anda lulus manakala jika anda lulus seksyen ujian memandu, anda layak memegang lesen P. Kedua-dua ujian ini dilakukan pada hari yang berbeza. Sesi latihan dan kelas juga akan diadakan pada hari yang berbeza.

Anda dinasihatkan supaya memilih tarikh yang sesuai dan tidak mengganggu kerja harian anda. Pastikan tarikh yang dipilih itu tidak berlanggar dengan tarikh penting lain kerana urusan mengubah tarikh agak sukar dan memerlukan banyak prosedur.

Menempah sesi kelas dan sesi latihan pada hari cuti hujung minggu merupakan salah satu idea yang baik kerana tidak mengganggu kerja anda namun perlu diingat, orang lain juga akan memilih hari-hari cuti untuk sesi kelas dan latihan mereka. Selalunya tempahan sesi latihan atau kelas akan penuh pada hujung minggu

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...