Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Betul Ke Harga Sayur Naik? Berapa Kenaikannya & Mengapa?

268

Kecoh sekarang ini bahawa beberapa jenis sayur telah mengalami kenaikan harga dan boleh dikatakan kenaikannya terlalu tinggi.

Mengapa perkara ini berlaku? Apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kenaikan harga sayur-sayur ini?

Sayur jenis apa pula yang mengalami kenaikan harga? Semak disini ya!

MENGAPA SAYUR MENGALAMI KENAIKAN HARGA?

Antara sebab-sebab sayur mengalami kenaikan harga ialah:

  • Faktor cuaca termasuk hujan tidak menentu serta kerosakan tanaman petani di Cameron Highlands, menyebabkan bekalan sayur-sayuran di pasaran berkurangan.
  • Bekalan sayur import turut berkurangan kerana negara pengeluar mengalami musim sejuk melampau.
  • Kenaikan kos pengangkutan kontena dari negara asal turut menyumbang kepada kenaikan harga sayur.

“Sehubungan itu, Seksyen Penguat Kuasa sudah menjalankan pemeriksaan dan menyerahkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) ke atas pengimport dan pemborong sayur bagi mendapatkan maklumat harga sayur-sayuran untuk tindakan lanjut.”

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar

SAYUR MENGALAMI KENAIKAN HARGA

Antara sayur-sayuran yang mengalami kenaikan harga ialah:

  • Kubis bunga daripada RM7 kepada RM16 sekilogram
  • Sawi pendek RM3 kepada RM9
  • Brokoli RM8 kepada RM20
  • Sawi RM5 kepada RM8
  • Kacang buncis dari RM8 kepada RM15 sekilogram
  • Kubis RM4 kepada RM6,
  • Cili merah RM13 kepada RM19
  • Cili hijau RM10 kepada RM14

Betul Ke Harga Sayur Naik? Berapa Kenaikannya & Mengapa?

Dalam masa yang sama, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar tindakan tegas boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya terdapat keraguan berhubung kenaikan harga barangan secara tidak munasabah.

Selain itu, harga beberapa produk roti gardenia juga bakal mengalami kenaikan harga mulai 1 Disember 2021 nanti.

Semak harga baru 38 produk roti gardenia disini ya!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...