Suka menyimpan duit dan suka dengan pelaburan dalam tempoh jangka masa yang panjang untuk masa hadapan?
Jika ya, pencarum KWSP boleh membuat pelaburan dengan selamat melalui kemudahan layan diri i-Invest KWSP.
Anda boleh membeli sehingga lapan dana unit amanah tau! Macam mana nak buat pembelian dana uniat amana ni? Tengok disini ya!
APA ITU i-INVEST KWSP?
Isi Kandungan
Nak tahu tak apa itu i-Invest KWSP?
- i-Invest KWSP, yang dilancarkan pada Ogos 2019 merupakan platform digital yang menawarkan pelbagai fungsi, fleksibiliti dan kemudahan untuk ahli membuat pelaburan, transaksi serta memantau pelaburan unit amanah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
- Pencarum boleh membuat perbandingan antara dana unit amanah yang ditawarkan oleh IPD, melihat senarai gabungan pegangan pelaburan mereka dan maklumat berkaitan kos pelaburan, sejarah prestasi dana serta maklumat statutori yang berkaitan dengan IPD tersebut.
Baca juga: Tarikh Bayaran i-Sinar & i-Citra Bulan November. Bayaran Secara Berperingkat Ke Akuan Penerima
SYARAT KELAYAKAN i-INVEST KWSP
Hanya 4 syarat kelayakan untuk membuat permbelian dana unit amanah menggunakan i-Invest KWSP iaitu:
- Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (PR) atau Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
- Mestilah berumur 55 tahun ke bawah
- Mempunyai simpanan KWSP secukupnya
- Permohonan melalui kaunter/Agen IPD atau i-Akaun (Ahli)
Nota:
CARA PEMBELIAN DANA UNIT AMANAH
Mudah sangat sebenarnya untuk membuat pembelian dana unit amanah i-Invest KWSP. Ikut sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Log masuk ke i-Akaun Ahli.
- Masukkan ID Pengguna dan klik Teruskan.
- Kemudian masukkan Kata Laluan dan klik Log Masuk.
- Tengok pada bahagian atas dan klik Pelaburan.
- Seterusnya klik Sini untuk membuat pembelian dana unit amanah
- Pilih IPD dan dana unit amanah yang ingin dibeli melalui drop down list
- Kunci masuk amaun yang ingin dilaburkan (amaun minima pelaburan: RM1,000)
- Klik Terus untuk pembelian
- Senarai IPD/IUTA yang menawarkan dana unit amanah yang dipilih akan dipaparkan.
- Klik butang Beli berdasarkan penawaran IPD/IUTA yang dipaparkan.
- Disclaimer pembelian dana unit amanah akan dipaparkan.
- Klik butang ‘OK’ untuk meneruskan pembelian.
- Untuk panduan yang lebih lengkap, anda boleh terus rujuk dipautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/documents
Kalau nak check jumlah yang anda boleh laburkan, klik pautan ini dan masukkan baki dalam akaun yang anda boleh laburkan, umur dan klik Kira.
Peringatan!
Anda juga diingatkan untuk mengesahkan dokumen dan diakui oleh individu yang diberi kuasa sekiranya ingin membuat pelaburan melalui kaunter.
Baca juga: i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai i-Invest KWSP, sila dapatkan di saluran berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.