i-Sinar: Tarikh Permohonan Dan Pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000. Ini Cara Mohon
Setelah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan bahawa semua ahli KWSP yang terjejas pendapatannya boleh membuat pengeluaran sehingga maksimum RM10,000, semua ahli KWSP menarik nafas dengan lega. Secara tidak langsung, ahli KWSP ingin mengetahui tarikh permohonan dan pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000 serta cara memohonnya.
Jadi, bilakah ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP i-Sinar ini?
TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1
Isi Kandungan
Tarikh untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah pada:
- 21 Disember 2020
TARIKH KREDIT WANG i-SINAR KWSP AKAUN 1
Tarikh kredit wang RM10,000 i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah:
- Januari 2021
JUMLAH PENGELUARAN MAKSIMUM i-SINAR KWSP AKAUN 1
Jumlah pengeluaran maksimum i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah sebanyak:
- RM10,000
SYARAT TERBARU PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1
Antara syarat terbaru pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 ialah:
- Ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
- Ahli semua sektor yang terjejas teruk juga layak membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1.
- Terbuka kepada ahli yang mencarum secara aktif atau tidak.
PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1
Untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 RM10,000 :
- Permohonan boleh dibuat melalui i-Akaun KWSP atau melalui Portal i-Sinar.
- Juga anda boleh hadir dimana-mana pejabat KWSP yang terdekat.
- Tunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji/ elaun / OT atau pengurangan pendapatan sekiranya bekerja sendiri.
MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP RM10,000
Antara maklumat penting yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP RM10,000 ialah:
- Nama penuh pemohon
- Nombor kad pengenalan pemohon
- No Ahli KWSP pemohon
- Nama bank dan mombor akaun bank pemohon
- Nombor telefon pemohon yang masih aktif
- Jumlah pengeluaran
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.