Sepanjang tempoh PKP ini pasti ada ibu bapa yang menjadi cikgu dirumah sendiri. Manakan tidak, jika anak-anak asyik bermain dan langsung tidak mengulangkaji pelajaran, anak-anak boleh ketinggalan dalam pelajaran.
Walaupun anda tidak mengajar seperti guru sekolah, sekurangnya anda membantu anak-anak anda untuk mengulangkaji pelajaran, menambah ilmu pengetahuan dan membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru melalui whatssapp atau aplikasi yang berkaitan
Mari kita lihat 5 perkara yang ibu bapa boleh lakukan untuk membantu anak-anak belajar di rumah.
5 Bantuan Ibu Bapa Untuk Anak Belajar
1. Ambil Alih Peranan Guru Di Rumah
Ibu bapa berperanan sebagai guru di rumah dengan memastikan anak-anak membuat kerja rumah yang telah diberikan oleh guru. Pastikan kerja rumah sama ada diberikan oleh guru secara online atau melalui buku latihan yang boleh dibeli di kedai buku siap dan disemak oleh anda.
2. Aktif Sediakan Bahan Pembelajaran
Ibu bapa juga boleh menyediakan buku latihan, soalan secara online atau nota melalui web yang berkaitan dengan matapelajaran yang dipelajari oleh anak-anak. Ibu bapa juga boleh memuat turun soalan serta nota yang baik daripada blog pelajaran yang kebanyakannya ditadbir oleh guru-guru yang berpengalaman mengikut subjek mereka.
3. Berhubung Rapat Dengan Guru Sekolah
Selain daripda itu, ibu bapa mestilah menjalinkan hubungan yang baik dengan guru-guru yang mengajar anak-anak anda. Sekurangnya guru tersebut boleh membimbing anda bagaimanakah caranya untuk mengajar dengan betul atau memberikan penerangan yang jelas berkaitan mata pelajaran yang diajar oleh mereka. Anda juga boleh tahu tahap pencapaian dan perkembangan anak-anak anda melalui guru yang mengajar mereka..
4. Guide Anak Dengan Penggunaan Gadget Yang Betul
Anda juga sangat berperanan besar untuk membantu anak-anak anda untuk menggunakan gajet serta aplikasi terkini dengan betul. Contohnya penggunaan telefon untuk bermain game dengan pengurusan waktu yang betul, tunjuk ajar anak-anak untuk menggunakan aplikasi seperti Google Classroom untuk berinteraksi dengan guru ketika kelas online dijalankan, menggunakan printer dan laptop untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan memberikan kerjasama ketika anak-anak mahu menggunakan telefon terutamanya untuk online kelas mereka.
5. Sediakan Jadual Waktu Belajar di Rumah
Sebagai ibu bapa, anda mesti mahukan anak-anak anda belajar dengan waktu yang betul dan bersistematik. Oleh itu, anda perlu menyiapkan satu jadual belajar untuk anak-anak anda ikuti. Sebolehnya jadual belajar anak-anak tidak terlalu padat sehingga anak-anak merasa jemu untuk belajar. Pastikan mereka mendapat rehat yang cukup dan tidak terlalu memaksa mereka untuk belajar sepanjang hari.
Semoga dengan perkongsian 5 tips ini, dapat membantu ibu bapa untuk berperanan sebagai seorang guru yang baik dirumah buat anak-anak anda.
Semoga berjaya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.