Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

IC Rosak? Mohon Baru Secara Online, 30 Minit Siap & Boleh Ambil

6,712

Semua perkara boleh dilakukan secara online. Dari semasa ke semasa kita perlu membiasakan diri dengan norma baharu untuk mengekang penularan Covid-19 dan banyak urusan dilakukan secara atas talian sahaja.

Antaranya ialah urusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk urusan seperti pendaftaran kelahiran, perkahwinan (bukan Islam), kewarganegaraan dan kad pengenalan.

Baca juga: 8 Urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Secara Online. Tak Perlu Lagi Ke Kuanter

Jadi, anda yang hilang kad pengenalan (IC) atau cip IC rosak, boleh membuat permohonan ganti IC baru secara online sahaja. Tunggu staf JPN telefon dan anda boleh ambil IC baru anda.

PERMOHONAN GANTI IC ROSAK

Sedikit info mengenai permohonan IC rosak adalah:

  • Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990(Pindaan 2007) setiap orang yang kad pengenalannya rosak atau musnah hendaklah dengan segera memohon kad pengenalan gantian.

SYARAT PERMOHONAN GANTIAN IC ROSAK

Antara syarat untuk permohonan menggantikan IC yang rosak adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah hadir di mana-mana kaunter JPN
  • Memohon gantian kad pengenalan hilang secara online
  • Perkhidmatan Phone-in di talian 03-88808066 (bagi permohonan yang tidak melibatkan pertukaran gambar atau maklumat untuk pemohon yang bertaraf Warganegara.)

4 JENIS PERMOHONAN PENGGANTIAN IC YANG DIBENARKAN SECARA ONLINE

Hanya 4 jenis permohonan penggantian yang dibenarkan secara online ialah:

  1. Gantian Kerosakan Fizikal Kad
  2. Gantian Kerosakan Cip
  3. Gantian Biasa
  4. Gantian Hilang Kali Pertama (Kecuaian)

CARA PERMOHONAN GANTI IC ROSAK

Untuk membuat permohonan ganti IC rosak secara online, anda ikut langkah-langkah berikut:

IC Rosak? Mohon Baru Secara Online & Ambil Bila Dah Siap

  • Pilih PERMOHONAN GANTIAN MYKAD
  • Isikan maklumat dan buat pembayaran sebanyak RM10 dan pembayaran melalui kad debit dan kad kredit sahaja.

Setelah siap permohonan anda, sila buat kutipan seperti berikut:

  • Selepas tempoh 30 minit di Ibu Pejabat JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ibu Pejabat Negeri dan semua Cawangan UTC.
  • Selepas tempoh 5 hari waktu bekerja di JPN cawangan Semenanjung Malaysia
  • Selepas tempoh 7 hari waktu bekerja di JPN cawangan Sabah dan Sarawak

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir ke JPN untuk mengambil IC baru anda:

Dokumen Pemohon (Asal)

  • Kad Pengenalan pemohon yang rosak semasa permohonan dibuat di kaunter; atau semasa pengambilan Kad Pengenalan baru bagi urusan permohonan melalui portal atau telefon.

Rujuk manual: GANTI IC

BAYARAN GANTI IC ROSAK

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara : RM10.00
  • Bukan Warganegara : RM40.00
  • Permohonan gantian Kad Pengenalan rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad yang rosak tersebut adalah PERCUMA.
  • Bayaran permohonan gantian Kad Pengenalan rosak melalui laman web diterima melalui kredit sahaja.
  • Pengembalian wang tidak akan dipertimbangkan bagi permohonan gantian Kad Pengenalan rosak yang telah diproses oleh Bahagian Kad Pengenalan.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berhubung urusan gantian IC rosak dan berkaitan, sila hubungi PRO JPN di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...