Tambahan Masa Pembayar Cukai Perniagaan Kategori Individu Kemukakan Borang Sehingga 31 Julai 2021 Ini

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNDM) telah mengumumkan untuk memberikan tambahan masa bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan bagi Tahun Taksiran 2020.

Lanjutan tarikh untuk pembayar cukai mengemukakan borang cukai adalah sehingga 31 Julai 2021 dan ianya melibatkan beberapa kategori sahaja.

Maklumat seterusnya mengenai pengumuman ini sila dapatkan terus melalui artikel ini.

TUJUAN TAMBAHAN MASA SERAHAN BORANG CUKAI

Tujuan utama tambahan masa serahan borang cukai adalah kerana:

  • Selaras dengan usaha kerajaan meringankan beban pembayar cukai setelah mengambil kira kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengemukakan BNCP berikutan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown.

Baca juga: Tarikh Akhir e-Filling 2021 Bagi Taksiran 2020 Mengikut Kategori. Semak Disini

TEMPOH TAMBAHAN MASA SERAHAN BORANG CUKAI

LHDNM telah melanjutkan penyerahan borang cukai sehingga:

  • 31 Julai 2021

KATEGORI DIBENARKAN TAMBAHAN MASA SERAHAN BORANG CUKAI

Mereka yang dibenarkan untuk menyerahkan borang mengikut lanjutan masa yang ditetapkan oleh LHDNM ialah daripada kategori berikut:

  • Individu
  • Individu Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan / Berkepakaran)
  • Individu Bukan Pemastautin
  • Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)
  • Perkongsian
  • Pertubuhan
  • Harta Pusaka dan Keluarga Sekutu Hindu

EZHASIL

Pembayar cukai juga digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan pengemukaan BNCP.

Bagi anda yang ingin menggunakan paltform ezHASiL, boleh rujuk pautan ini:

KENYATAAN MEDIA

LHDNM juga telah mengeluarkan kenyataan media mengenai tambahan masa untuk menghantar borang cukai mengikut kategori.

Tambahan Masa Pembayar Cukai Perniagaan Kategori Individu Kemukakan Borang Sehingga 31 Julai 2021 Ini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi LHDNM di saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.