Ini 10 Tips Mengajar Anak Berpuasa Untuk Kali Pertama. Baca Ini.

Puasa Dan Ganjaran

Setiap kali tibanya bulan puasa ibu bapa pasti berfikir bagaimana cara supaya anak anda yang cuba berpuasa buat kali pertama dapat berpuasa dengan baik tanpa sebarang masalah.

Anda tidak perlu mengajar mereka dengan memberi ganjaran setiap hari sekiranya mereka berjaya  berpuasa dengan penuh  kerana fokus kita adalah mendidik mereka untuk berpuasa dengan ikhlas. Sebaliknya anda boleh menyediakan hadiah buat mereka selepas habisnya bulan Ramadan sebagai penghargaan buat anak-anak.

10 Tips Mengajar Anak Berpuasa

Mari kita lihat 10 tips untuk anda mengajar ana-anak berpuasa bagi kali pertama.

1. Mula Secara Berperingkat

Anda tidak perlu  memaksa anak yang pertama kali berpuasa untuk berpuasa terus seharian.

Ajar dan beri kelonggaran kepada mereka untuk berpuasa secara berperingkat. Contohnya, jika hari pertama mereka tidak mampu menahan lapar, izinkan mereka berbuka pada pukul 10 pagi. Kemudian, hari ke-2, cubalah tingkatkan kepada berpuasa sehingga zohor dan seterusnya.

Memberi cabaran yang bertukar kepada semangat.  Anda cuba mencabar anak-anak berpuasa selama 30 hari. Jika anak dapat bertahan sehingga masuk waktu berbuka, itu merupakan satu kejayaan buat mereka.

2. Tidur Awal

Pastikan anak anda tidur awal agar mereka mudah untuk bangun bersahur nanti. Untuk membantu mereka tidur dengan lena, berikan susu kepada mereka sebelum mereka tidur.

sahurtidur

3. Minum Air Kosong Yang Banyak

Masalah hidrasi amat meletihkan tubuh. Sediakan keperluan minuman mereka dengan bijak untuk mengatasi masalah ini.

Sepanjang malam di antara waktu berbuka sehingga waktu sahur, galakkan anak-anak untuk minum air kosong sebanyak yang mungkin.

airkosong

4. Beri Pujian

Kanak-kanak suka dipuji. Jdi anda jangan lupa untuk berikan kata pujian keatas kejayaan dan usaha gigih mereka walaupun  berbuka pada pukul 10 pagi di hari pertama berpuasa. Ini membuatkan anak anda semakin bersemangat untuk terus berpuasa.

puji

 

5. Membuat Pelbagai Aktiviti 

Kanak-kanak memang suka bermain. Bermain meningkatkan skill motor, perkembangan minda dan tubuh mereka. Namun di bulan puasa mungkin permainan lasak seperti permainan outdoor boleh dikurangkan.

Galakkan mereka bermain permainan indoor yang menggunakan tenaga yang minima terutamanya aktiviti yang santai dan kreatif. Ini  Untuk elakkan mereka tidak cepat letih dan penat.

Atau ubah aktiviti aktif ke waktu malam. Menghidupkan malam-malam ramadhan adalah amalan terbaik. Ibadah bertarawikh tentu menjadi perkara yang seronok bagi mereka bersama ibu dan ayah. Boleh lakukan bersama-sama.

indoor

6. Sediakan Makanan Berkhasiat

Berikan makanan tinggi karbohidrat, serat dan protein kepada anak anda supaya mereka dapat bertahan lebih lama ketika berpuasa.

Gantikan gula putih dengan stevia atau madu. Pastikan madu yang digunakan adalah asli kerana kita tahu kebanyakan madu yang ada di pasaran adalah madu yang telah dicampur dengan gula.

Berikan juga sayur dan buah-buahan untuk memenuhi keperluan vitamin dan zat mineral yang sangat penting untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.

Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak sangat susah hendak makan sayur dan ada juga yang memilih untuk makan buah jadi kita boleh bekalkan mereka dengan suplemen tambahan.

xsukasayur

7. Perhatikan Kesihatan Anak-Anak

Sekiranya anda kelihatan lemah, pucat dan  mengadu pening ketika berpuasa, anda tidak perlu memaksanya untuk meneruskan berpuasa. Mungkin anak anda tidak bersedia untuk berpuasa  lebih daripada 13 jam.

anaksihat

8. Sembunyi Makanan

Anda boleh sembunyikan makanan di dalam kabinet atas dan tidak boleh di capai oleh anak-anak. Malah dalam peti sejuk anda tinggalkan hanya  bahan yang belum masak saja.

9. Masak / Beli Makanan Kegemaran

Untuk menggalakkan mereka berpuasa, anda boleh masak makanan kegemaran mereka ketika sahur atau berbuka. Ini adalah untuk menggalakkan mereka makan ketika sahur.

Banyakkan buah-buahan semasa bersahur dan berbuka adalah langkah terbaik. Ini juga masa terbaik kenalkan mereka dengan kurma atau tamar yang sangat popular di bulan puasa.

bukapuasa

10. Kepimpinan Melalui Tauladan

Tunjukkan kepada anak tentang seronoknya berpuasa dan melakukan pelbagai ibadah di dalam bulan puasa. Galakkan lakukan aktiviti ibadah berama-sama dan anak-anak pasti akan mengikutnya.

Bulan berpuasa adalah bulan terbaik untuk mentarbiah diri untuk melakukan pelbagai perkara baik, menebus dosa dan meninggalkan segala perkara yang tidak memberi faedah atau lagha.

Disamping itu, ia juga bulan yang baik untuk mengajar anak-anak melakukan ibadah berkaitan solat, puasa, membaca al-quran, sedekah dan sebagainya. Baik dari segi teori dan praktikal sekali.

Berkat Bulan Puasa

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

puasa

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.