Tanda Temuduga Berjalan Dengan Baik
Isi Kandungan
Selepas temuduga tamat, pastinya anda memikirkan tentang perjalanan dan prosesnya. Pasti anda mencari petunjuk adakah sesi temuduga anda berjalan dengan lancar.
Anda tidak perlu risau kerana melalui perkongsian ini, anda akan didedahkan dengan 8 tanda positif yang menunjukkan majikan berminat untuk mengambil anda mengisi jawatan tersebut.
8 Tanda Temuduga Anda Berjalan Baik
Tanda-tanda berikut kemungkinan besar menunjukkan bahawa temuduga yang dijalankan adalah positif kerana :
- Perbualan yang lebih lama daripada jangkaan
- Anda bertemu lebih ramai orang daripada jangkaan
- Penemuduga bertanya tarikh anda boleh mula bekerja
- Penemuduga mengatakan bahawa anda kelihatan sesuai
- Penemuduga bertanya adakah anda memohon pekerjaan lain
- Penemuduga kelihatan teruja
- Penemuduga mula bercakap mengenai ahli kumpulan
- Penemuduga mengakhiri temu ramah dengan perincian khusus
1. Perbualan yang lebih lama daripada jangkaan
Temuduga yang melebihi had waktunya mungkin merupakan petunjuk bahawa penemuduga anda sangat berminat dengan apa yang anda bicarakan. Contohnya mereka memperuntukkan masa bagi setiap seorang calon adalah selama 15 hingga 30 minit untuk temuduga.Tetapi mereka menemuduga anda sehingga melebihi masa yang ditetapkan. Mungkin anda adalah calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Bersedia untuk berkongsi butiran mengenai pengalaman pekerjaan anda, kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan dan tunjukkan bagaimana anda menjadi aset kepada jawatan sebelumnya.
2. Anda bertemu lebih ramai orang daripada jangkaan
Sebelum temuduga dan anda diberitahu melalui telefon atau emel bahawa anda akan bertemu dengan beberapa orang penting di dalam syarikat.
Sekiranya anda masuk dan bertemu dengan semua orang yang disebutkan, itu mungkin bermakna mereka berminat melihat kesesuaian anda bekerja dengan orang lain. Ada juga yang mengakhiri temuduga dengan menemukan anda dengan orang penting dalam syarikat mungkin kerana mereka kagum dengan kelayakan anda.
3. Penemuduga bertanya tarikh anda boleh mula bekerja
Ini adalah petanda baik sekiranya penemuduga menanyakan kepada anda seberapa cepat anda boleh bekerja. Ini kerana mereka menganggap anda sangat sesuai dengan jawatan tersebut dan mahukan anda mula bekerja secepat yang mungkin.
Jujurlah dengan mereka dan beritahu mereka prosedur untuk berhenti kerja dan pentingnya untuk anda mengikuti prosedur berhenti kerja dengan betul dan secara baik.
4. Penemuduga mengatakan bahawa anda kelihatan sesuai
Melalui nada percakapan dan reaksi wajah mereka dan mengatakan bahawa anda sesuai untuk memegang jawatan tersebut juga adalah satu petunjuk bahawa temuduga anda berjalan lancar.
Mungkin anda dapat melihat bagaimana resume anda diasingkan dan ditanda dengan tanda yang menunjukkan bahawa anda layak untuk jawatan tersebut juga.
Bercakap mengenai langkah seterusnya mungkin bermaksud mereka ingin meneruskan proses pengambilan pekerja secepat mungkin.
5. Penemuduga bertanya adakah anda memohon pekerjaan lain
Kadang kala HR bertanya adakah anda ada memohon pekerjaan yang lain. Soalan ini menunjukkan anda sangat layak dan diperlukan mereka untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Mereka mahu anda memegang jawatan tersebut dan tidak mahu anda terlepas ke syarikat yang lain.
Maksud soalan ini juga bergantung pada waktunya. Sekiranya penemuduga anda bertanya soalan ini pada awal waktu temuduga, mungkin kerana terdapat banyak permohonan. Namun, jika soalan ini ditanya pada akhir temuduga, penemuduga mungkin mahu terus menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.
6. Penemuduga kelihatan teruja
Sekiranya penemuduga anda kelihatan senyum, tenang dan teruja ketika mendengar penjelasan anda, mungkin mereka merasakan sudah mengenali anda dengan lebih baik dan menggambarkan kesesuaian anda memegang jawatan tersebut.
Jika temuduga anda bertukar kepada perbincangan mengenai mengapa anda harus bekerja di syarikat mereka, ini sememangnya petanda yang baik untuk anda.
7. Penemuduga mula bercakap mengenai ahli kumpulan
Penemuduga mula bercerita mengenai rakan setugas baru anda, siapa yang akan bekerjasama dengan anda dan apa tugasan anda. Ini juga tanda temuduga anda berjalan dengan baik dan menunjukkan petanda yang baik.
8. Penemuduga mengakhiri temuduga dengan perincian khusus
Semasa mengakhiri temuduga dan jika bakal majikan menyatakan, “Kami sangat suka bertemu dengan anda dan ingin anda memegang jawatan ini” menunjukkan nama anda sudah disenaraikan untuk menjawat jawatan tersebut.
Apa jua petunjuk atau tanda temuduga anda berjalan dengan baik dan anda diterima kerja di syarikat tersebut, pastikan anda membuat persediaan dengan sebaiknya. Sediakan beberapa maklumat penting tentang diri anda dan jangan lupa dapatkan maklumat tentang syarikat tersebut.
Lakukan yang terbaik dalam temuduga anda. Semoga berjaya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.