Apa itu BMI?
Isi Kandungan
Body Mass Index (BMI) atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Indeks Jisim Tubuh adalah ukuran untuk menilai berat badan seseorang berbanding tingginya. Cara kira BMI tidaklah susah. Anda cuma perlu tahu berat dan tinggi sahaja.
Kategori BMI
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, BMI boleh dikategorikan seperti berikut :
- BMI bawah 18.5 = Kurang berat badan
- BMI antara 18.5 – 24.9 = Mempunyai berat badan unggul
- BMI antara 25 – 30 = Lebih berat badan
- BMI antara 30 atau lebih = Obes
Kesesuaian Pengiraan BMI
Kiraan BMI hanya sesuai digunakan bagi lelaki dan wanita dewasa yang berumur antara 18 hingga 64 tahun. Ia tidak sesuai untuk digunakan oleh golongan berikut :
- Ibu mengandung
- Kanak-kanak
- Individu yang sangat berotot (atlet, ahli bina badan)
- Warga tua yang sudah mengalami kehilangan jisim otot
Cara Pengiraan BMI
Kebiasaannya, pengiraan BMI dilakukan secara manual menggunakan formula seperti berikut :
Contoh pengiraan :
Nilai BMI = 20.76 (Normal / Ideal)
Ini adalah cara pengiraan secara manual yang boleh anda lakukan sendiri.
Kalkulator BMI
Kini anda tidak perlu bersusah payah kerana telah tersedia untuk anda Kalkulator BMI khas untuk anda mengira BMI anda dengan hanya memasukkan data yang diperlukan sahaja.
Klik link ini, BMI Calculator ,masukkan maklumat yang diperlukan, klik The Result dan keluar keputusan BMI anda seperti dbawah.
Atau boleh sahaja menggunakan telefon anda dengan memuat turun aplikasi daripada Google Play di link berikut : BMI Calculator
Jika anda memuat turun aplikasi ini di telefon anda, ianya lebih mudah untuk anda memantau BMI anda setiap hari atau setiap minggu. Malahan anda dapat menyimpan perubahan BMI anda, memantau berat badan anda dan membantu anda menjaga kesihatan badan.
Jom kita jaga badan kita. Badan sihat, minda cergas.
Semoga perkongsian ini dapat mengubah cara hidup kita dengan lebih sihat.
Sumber :
- BMI Calculator
- mysumber
- Persatuan Farmasi Malaysia
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.