Permohonan Inisiatif Peranti Percuma Kepada Pelajar Negeri Sembilan. Download Borang Disini
PKP 2.0 telah menyebabkan takwim persekolahan mengalami beberapa perubahan sehingga pelajar perlu belajar dari rumah atau PdPR.
Namun terdapat beberapa masalah seperti tidak mempunyai peranti seperti telefon bimbit atau laptop serta masalah internet yang tidak menentu.
Baca juga: Cara Mohon Tablet Percuma ETuisyen Pelajar Golongan B40
Sehubungan itu. Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Tabung Amanah Penyelenggaraan Sekolah dan Tabung Bina Insan bakal memberikan 3,600 peranti kepada pelajar yang kurang berkemampuan di seluruh Negeri Sembilan.
TUJUAN PEMBERIAN PERANTI PINTAR PERCUMA UNTUK PELAJAR NEGERI SEMBILAN
Isi Kandungan
Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, pemberian tablet percuma adalah:
- Bagi membolehkan pelajar terutamanya dari kawasan luar bandar dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih baik.
JUMLAH PERANTI PINTAR UNTUK PELAJAR NEGERI SEMBILAN
Kerajaan Negeri Sembilan akan membekalkan sebanyak:
- 3,600 peranti pintar jenis Samsung Galaxy Tab A
TARIKH PERMOHONAN PERANTI PINTAR PERCUMA UNTUK PELAJAR NEGERI SEMBILAN
Pelajar Negeri Sembilan boleh membuat permohonan peranti pintar mulai:
- 15 Februari 2021
SYARAT PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PINTAR PERCUMA UNTUK PELAJAR NEGERI SEMBILAN
Syarat permohonan peranti pintar percuma untuk pelajar Negeri Sembilan ialah:
CARA MOHON INISIATIF PERANTI PINTAR PERCUMA UNTUK PELAJAR NEGERI SEMBILAN
Pelajar yang memerlukan peranti pintar percuma ini melalui:
- Pusat Khidmat DUN masing-masing
- Setiap Pusat Khidmat Rakyat di seluruh 36 kawasan di Negeri Sembilan akan diperuntukkan sebanyak 100 unit peranti.
- Pelajar-pelajar boleh memohon menerusi Pusat Khidmat Rakyat DUN masing-masing sahaja sebagaimana alamat dilampirkan di bawah.
- ADUN/Penyelaras DUN akan memproses dan membuat penilaian sebelum membuat pemilihan untuk pelajar-pelajar yang berjaya.
- Keutamaan pemilihan akan diberi kepada pelajar-pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.
Dapatkan senarai DUN Negeri Sembilan di: https://www.ns.gov.my/
Baca juga: Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah
BORANG PERMOHONAN INISIATIF PERANTI PINTAR PERCUMA UNTUK PELAJAR NEGERI SEMBILAN
Anda boleh download borang permohonan berikut:
Atau melalui pautan: http://bit.ly/InisiatifPerantiKerajaanNS
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.