RM100 Insentif Khas Untuk Guru & Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

Intipati Bajet 2022

Kerajaan menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak:

  • RM100 kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Bajet buat pertama kali itu diberikan sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik COVID-19.

Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan:

  • Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
  • Seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Ikuti pembentangan live Bajet 2021 dibawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

https://www.facebook.com/MKNJPM/videos/1044517909679058/

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.