Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Membuat Permohonan Bantuan Insentif One-Off Kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor. Semak Syarat Kelayakan Disini

1,273

Pastinya para pemandu pelancong di Negeri Johor menarik nafas lega kerana bakal diberikan Bantuan Insentif One-Off yang akan disalurkan oleh Tourism Johor.

Sekurang-kurangnya bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu pelancong yang kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.

Dapatkan syarat kelayakan permohonan Bantuan Insentif One-Off kepada pemandu pelancong negeri Johor seterusnya membuat permohonan dengan segera.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF PEMANDU PELANCONG NEGERI JOHOR

Tarikh tutup untuk permohonan Bantuan Insentif One-Off pemandu pelancong negeri Johor adalah pada:

  • 31 Mei 2021

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF PEMANDU PELANCONG NEGERI JOHOR

Syarat permohonan Bantuan Insentif One-Off kepada pemandu pelancong negeri Johor adalah seperti berikut:

AGENSI PELANCONG

  • Berdaftar sebagai syarikat agensi pelancongan dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) Negeri Johor. Serta kemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

    a) Salinan Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
    b) Salinan Akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas
    c) Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor
    d) Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja
    e) Pemohon WAJIB menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020

Nota: 

  1. Permohonan yang TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.
  2. Kepada Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 TIDAK DIBENARKAN membuat permohonan.

PEMANDU PELANCONG

  • Berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
  • Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
    a) Salinan Kad Pengenalan
    b) Salinan Lesen Pemandu Pelancong
    c) Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
    d) Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
  • Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  • Pemohon WAJIB menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan adalah secara online dan dapatkan borang permohonan di pautan berikut:

Pemandu Pelancong

Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Klik pautan yang telah disediakan.
  • Masukkan maklumat anda seperti yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen yang berkaitan dengan permohonan.
  • Akhir sekali hantar borang permohonan anda.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Insentif One-Off Kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor. Semak Syarat Kelayakan Disini

Baca juga: Terkini: eBelia RM 300 Juta Kredit E-Tunai Untuk 2 Juta Belia & Pelajar Sepenuh Masa Dibuka 1 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Insentif One-Off kepada pemandu pelancong negeri Johor sila dapatkan di Tourism Johor di:

  • 07-223 4935
  • 07-224 9960
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...