Berita baik buat rakyat Selangor di mana kerajaan negeri memperuntukkan insentif perkahwinan sebanyak RM500 untuk setiap bakal pengantin 2018.
Peruntukkan ini dinaikkan dari cuma RM200 kepada RM500 bermula tahun 2014.
Berikut dikongsikan info lanjut bagaimana untuk memohon insentif perkahwinan Selangor ini..
Pastikan anda baca juga: Permohonan Rumah Selangorku 2018
Program Insentif Perkahwinan Selangor
Isi Kandungan
Program ini diuruskan sepenuhnya oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan. Penyaluran Insentif akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut.
Syarat permohonan mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Negeri Selangor ATAU;
- Lahir di luar Negeri Selangor DAN
– Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
– Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid) - Berumur 35 tahun ke bawah
- Perkahwinan kali pertama sahaja
- Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
- Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
- Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja
Prosedur Permohonan Online
Sekiranya pemohon menepati syarat-syarat di atas, anda boleh mengemukakan permohonan secara online. Perlu diingatkan permohonan hanya sekali sahaja dan perlu dibuat online.
Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Kahwin telah di sediakan sebelum mengisi borang.
Dokumen sokongan perlu dihantar ke pejabat YAWAS dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran Online. Berikut antara dokumen yang perlu dihantar:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
- Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
- Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)
Permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan. Sebarang rayuan tidak akan diterima.
Dokumen perlu dihantar sama ada ke pejabat YAWAS atau di Pusat Khidmat Masyarakat DUN terdekat.
Berikut adalah alamat rasmi YAWAS bagi tujuan penghantaran dokumen.
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan