Insentif Suri KWSP (i-Suri): Cara Daftar, Semak Status Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah

INSENTIF SURI KWSP (I-SURI) : CARA DAFTAR, SEMAK STATUS PERMOHONAN  BANTUAN RM480 SURI RUMAH

Pada tahun 2018, insentif i-Suri KWSP telah diperkenalkan dan ianya memberi manfaat dan jaminan masa depan kepada golongan suri rumah dimana bantuan yang diberikan dalam bentuk skim KWSP sama seperti pencarum yang lain.

Kelebihan yang boleh dinikmati ialah :

  • Dividen tahunan
  • Bantuan hilang upaya
  • Bantuan kematian
  • Pengeluaran simpanan
  • Pelepasan cukai

FAEDAH I-SURI

Berikut adalah faedah yang para suri rumah dapati sekiranya mencarum dengan i-Suri :

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 pada tahun 2018 dan seterusnya RM480 pada setiap tahun yang berikutnya.
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membaut pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP.
  • Bantuan kematian sebanyak RM2,500.
  • Bantuan hilang upaya.

SYARAT KELAYAKAN I-SURI

Antara syarat kelayakan untuk mmebaut pendaftaran dan mencarum dalam i-Suri ialah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (ekasih) setakat 30 November 2019.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
Nota : Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika telah berdaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda hanya perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.

INDIVIDU YANG LAYAK MENCARUM

Untuk pengetahuan anda, individu yang layak membuat caruman ialah :

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Suri rumah (isteri)

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN SKIM I-SURI

Jika anda berminat untuk membuat pendaftaran dalam Skim i-Suri, anda boleh mendaftar di mana-mana kaunter KWSP di seluruh Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen penting yang diperlukan ketika membuat pendaftaran ialah :

  • MyKad
  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

Insentif Suri KWSP (i-Suri): Cara Daftar, Semak Status Permohonan Bantuan RM480 Suri Rumah

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN CARUMAN I-SURI

Anda boleh membuat pembayaran caruman seperti berikut :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank;
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

CARA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut:

  • Akaun 1 dan Akaun 2 : Peserta yang berumur bawah 55 tahun
  • Akaun Emas : Peserta yang berumur 55 tahun ke atas.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim i-Suri KWSP ini, anda boleh hubungi KWSP di saluran berikut :

  • Laman rasmi KWSP
  • Pusat Pengurusan Perhubungan : 03- 8922 6000
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.