Pemohon kerja di syarikat swasta juga pastinya berdebar sekiranya mengikuti interview secara online bersama panel penemuduga.
Bagi anda yang kali pertama interview secara online pastinya ingin dapatkan tips-tips yang boleh digunakan seterusnya melayakkan diri untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
Terdapat 8 tips temuduga dengan syarikat swasta secara online yang bolehanda amalkan disini dan ingat, buat persediaan dengan sebaiknya dan semoga berjaya!
8 TIPS INTERVIEW ONLINE DENGAN SYARIKAT SWASTA
Tak kisah apa jua jawatan yang anda pohon, pastinya proses interview sangat menguji dan mendebarkan.
Ini kerana anda sebagai calon perlu buat yang terbaik untuk mendapatkan jawatan yang dipohon.
Jangan stres ya, ini 8 tips interview secara online untuk anda dan amalkan nanti ya!
PAKAIAN
- Pakai pakaian yang formal sama seperti anda hadir temuduga secara bersemuka. Pastikan anda memakai pakaian yang lengkap ya! Risau panel minta anda untuk bangun dan lakukan sesuatu secara tiba-tiba pula.
- Ingat! Panel berhak menguji calon sepanjang interview dijalankan ya!
MASA
- Pastikan anda berada lebih awal 30 minit sebelum dihadapan laptop atau komputer anda.
- Berada lebih awal sebelum temuduga boleh menjadikan anda lebih bersedia dan mengurangkan rasa gemuruh.
NOTA INTERVIEW
- Siapkan nota yang bakal anda gunakan semasa interview nanti.
- Antara isi kandungan nota adalah perkara berkaitan syarikat, pengalaman anda, pengetahuan mengenai jawatan, kelebihan diri anda serta beberapa isu semasa yang mungkin ditanya oleh panel penemuduga.
PEN & KERTAS
- Sediakan pen dan kertas kosong bersama dengan anda. Mana tahu tiba-tiba panel minta anda mengira, menulis atau melukis untuk menguji anda.
- Pen dan kertas sangat membantu kerana anda juga boleh mencatatkan soalan yang diajukan oleh panel penemuduga. Tak perlu mereka ulang semula soalan sekiranya anda tidak faham.
- Ingat, persediaan sangat penting dalam proses temuduga anda.
SOALAN TAMBAHAN
- Sediakan soalan tambahan dan listkan pada nota anda. Sekurang-kurangnya anda mempunyai soalan yang boleh ditanya pada panel penemuduga selepas tamat temuduga.
- Ini menunjukkan anda membuat persediaan dan sangat berminat dengan jawatan yang dipohon.
SISTEM AUDIO VISUAL
- Tak perlu pakai peralatan yang canggih dan mahal, tetapi cukup buat persediaan dengan sebaiknya.
- Check semula webcam dan mikrofon anda seminggu sebelum interview.
- Pastikan peralatan audio visual anda dalam keadaan yang baik.
- Anda boleh uji dengan membuat panggilan video dengan rakan-rakan anda dan buat penambahbaikan sekiranya ada masalah.
POSTUR DUDUK
- Duduk dengan postur badan yang baik iaitu tegak dan wujudkan eye contact dengan panel temuduga. Pandang ke arah kamera anda.
- Gunakan bahasa tubuh dengan sebaiknya dan pergerakan tangan yang sesuai.
- Begitu juga dengan intonasi suara anda, sesuaikan mengikut keadaan. Lontarkan dengan sebaiknya serta menunjukkan keyakinan diri anda.
- Jangan lupa senyum!
INTERNET
- Seperti biasa, check line internet dikawasan kediaman anda sama ada ok atau tidak.
- Jika line internet agak kurang memuaskan, anda boleh dapatkan kawasan yang sesuai untuk dapatkan line yang terbaik agar temuduga anda tidak tersekat.
- Jika internet bermasalah ketika interview dijalankan, mohon maaf dengan baik pada panel temuduga dan nyatakan masalah yang anda alami.
Jangan lupa, pastikan kawasan yang anda gunakan untuk interview secara online adalah sesuai dan tiada gangguan.
Bagi anda yang memohon jawatan di SPA dan perlu menjalani interview Secara Online In Situ (TSOI) pula boleh dapatkan tips temuduga disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.