Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2. Mohon Secara Online

1,892

Mulai 16 Julai 2021 ini, calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah boleh membuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk fasa yang kedua.

Baca juga: Permohonan PISMP & Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) Serta Program Matrikulasi KPM Dah Boleh Buat Semakan

Jadi, bagi sesiapa calon lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang pendidik boleh membuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai sekarang.

Cara mohon? Dapatkan melalui perkongsian ini seterusnya buat permohonan dengan segera.

TARIKH PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Tarikh permohonan untuk IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:

  • 16 Julai 2021 hingga 22 Julai 2021

SYARAT KELAYAKAN ASAS

Semak syarat kelayakan asas permohonan untuk IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
  • Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran  di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Nota: Calon mestilah LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan / dua (2) semester dan  akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)  selama empat (4) tahun / lapan (8) semester di IPG.Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah mengikut kekosongan di sekolah-sekolah seperti Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Muzik
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Reka Bentuk Teknologi

CARA MEMBUAT PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari Portal Rasmi KPM selepas keputusan SPM diumumkan.

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2. Mohon Secara Online

  • Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
  • Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini bila-bila masa.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2. Mohon Secara Online

CARA DAFTAR PERMOHONAN BAHARU

Untuk daftar permohonan baharu sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Klik pada ikon seperti nombor 1 untuk DAFTAR PERMOHONAN BAHARU.

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Hantar permohonan yang telah disahkan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu sebelum 22 Julai 2021.
  • Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan pengesahan.

TEMPOH PENGAJIAN DI IPG

Tempoh pengajian di IPG yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • 1 tahun persediaan
  • 4 tahun Ijazah

Baca juga: Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

INFOGRAFIK PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), sila hubungi:

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
    (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
  • Telefon: 03-8312 6720/6693/6731/6768
  • Emel: [email protected]
  • Facebook IPG-KPM
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...