Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Fasa 2. Mohon Secara Online
Mulai 16 Julai 2021 ini, calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah boleh membuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk fasa yang kedua.
Jadi, bagi sesiapa calon lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang pendidik boleh membuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai sekarang.
Cara mohon? Dapatkan melalui perkongsian ini seterusnya buat permohonan dengan segera.
TARIKH PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Isi Kandungan
Tarikh permohonan untuk IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:
- 16 Julai 2021 hingga 22 Julai 2021
SYARAT KELAYAKAN ASAS
Semak syarat kelayakan asas permohonan untuk IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
- Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah mengikut kekosongan di sekolah-sekolah seperti Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazandusun
- Sains
- Sejarah
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Reka Bentuk Teknologi
CARA MEMBUAT PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari Portal Rasmi KPM selepas keputusan SPM diumumkan.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
- Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini bila-bila masa.
- Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
- Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
- Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
- Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
CARA DAFTAR PERMOHONAN BAHARU
Untuk daftar permohonan baharu sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pada ikon seperti nombor 1 untuk DAFTAR PERMOHONAN BAHARU.
- Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan yang telah disahkan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu sebelum 22 Julai 2021.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan pengesahan.
TEMPOH PENGAJIAN DI IPG
Tempoh pengajian di IPG yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
- 1 tahun persediaan
- 4 tahun Ijazah
Baca juga: Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini
INFOGRAFIK PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), sila hubungi:
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar) - Telefon: 03-8312 6720/6693/6731/6768
- Emel: [email protected]
- Facebook IPG-KPM
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.