Tak Perlu Scan MySejahtera Jika Isi Minyak Kata PDAM

Berlaku kekecohan baru-baru ini berdasarkan klip audio milik seorang lelaki yang mendakwa bapanya dikenakan denda sebanyak RM1,000 ketika berada di stesen minyak untuk mengisi minyak di kenderaanya semalam. Hal ini kerana bapanya dikatakan tidak membuat imbasan atau scan QR Code MySejahtera  ketika mengisi minyak di stesen minyak tersebut.

Menurut Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia ( PDAM), setiap pelanggan hanya perlu mengimbas aplikasi MySejahtera ketika memasuki:

  • Kedai
  • Tandas
  • Surau di stesen minyak sahaja.

Pelanggan juga perlu membuat pemeriksaan suhu terhadap individu yang memasuki 3 lokasi ini.

TIDAK PERLU SCAN MYSEJAHTERA JIKA ISI MINYAK SAHAJA

Presiden PDAM berkata arahan yang diberikan kepada para pengusaha setesen minyak mengenai scan QR Code MySejahtera ketika di stesen minyak adalah ketika pelanggan memasuki 3 tempat yang telah dinyatakan di atas sahaja.

Ianya bertujuan untuk mendaftarkan perincian pelanggan ketika memasuki 3 lokasi tersebut sahaja.

Tetapi pelanggan yang mengisi minyak dengan kenderaan perseorangan, tidak perlu membuat imbasan kod MySejahtera.

Tak Perlu Scan MySejahtera Jika Isi Minyak Kata PDAM

CRISIS PREPAREDNESS AND RESPONSE CENTER (CPRC)

Mengapa tidak perlu membuat imbasan MySejahtera ketika mengisi minyak? Pastinya ramai sudah tahu risiko sekiranya menggunakan telefon ketika mengisi minyak. Orang ramai perlu memikirkan tahap keselamatan kerana penggunaan telefon terlalu dekat dengan pam minyak sangat berbahaya. Jadi, penggunaan telefon ketika mengisi minyak sangat tidak praktikal.

CPRC juga menyatakan melalui emel bahawa pelanggan hanya perlu membuat imbasan MySejahtera jika memasuki kedai, surau dan tandas stesen minyak sahaja.

“Pertemuan singkat seperti mengisi minyak di stesen pam atau ketika membuat pembayaran tidak memerlukan aplikasi MySejahtera untuk diimbas.”

Crisis Preparedness and Response Centre

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.