PKP 3.0 Fasa 1 Dilanjutkan. Mungkin iSinar & iLestari Diteruskan Untuk Membantu Rakyat

Seperti yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, PKP 3.0 Fasa 1 telah dilanjutkan sehingga 12 Julai 2021 dan mungkin akan berterusan sehingga pertengahan Julai 2021.

Peralihan Fasa 2 akan berlaku sekiranya jumlah kes Covid-19 mencapai nilai di abwah 4,000 kes seperti yang ditetapkan.

Rujuk: PKP Sambung Lagi Esok! Diteruskan Sehingga Kes Bawah 4,000

Berikutan itu, Menteri Kewangan mungkin akan berbincang dengan pihak kerajaan untuk meneruskan pengeluaran iSinar dan iLestari kepada pencarum KWSP yang terjejas pendpatan mereka.

INFO RINGKAS iSINAR & iLESTARI

iSinar adalah:

  • i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Manakala iLestari pula:

  • Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 dan pengeluaran adalah dari akaun 2 KWSP pencarum.

iSINAR & iLESTARI

Selain daripada moratorium, Kerajaan akan mengumumkan bantuan sewajarnya termasuk moratorium dan i-Sinar dalam tempoh terdekat, bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi berkaitan

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam menganjurkan sesi ‘Zoom’ dengan beberapa ‘influencer’ dalam kalangan rakyat bagi mendengar secara terus suara rakyat tanpa sebarang tapisan.

PERTIMBANG SUARA RAKYAT

Rakyat sangat memerlukan bantuan bagi mengharungi Fasa 1 dan fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara. Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang dikemukakan.

Satu daripada permintaan sering diterima ialah pelanjutan program i-Sinar dan i-Lestari. Kerajaan faham dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat, malah Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz juga secara peribadi ada kenalan dan saudara yang memohon i-Lestari dan i-Sinar dalam mereka menghadapi cabaran masa ini.

PKP 3.0 Fasa 1 Dilanjutkan. Mungkin iSinar & iLestari Diteruskan Untuk Membantu Rakyat

KERAJAAN UMUM BANTUAN ISNIN ATAU SELASA

Selain itu, Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka akan memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah.

Katanya, ia termasuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20.

PKP 3.0 Fasa 1 Dilanjutkan. Mungkin iSinar & iLestari Diteruskan Untuk Membantu Rakyat

Baca juga: Pakej Bantuan Kerajaan Terbaru! Diumumkan Isnin Atau Selasa Ini-PM

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.