KWSP

Bayaran iSinar Bulan Jun Bakal Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Seawal 1 Jun 2021

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

3 June 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Bayaran iSinar bagi bulan Mei yang lalu telah dikreditkan ke akaun penerima masing-masing seawal 3 Mei 2021 untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang telah melanda negara sehingga menjejaskan pendapatan.

Malah, bayaran yang dilakukan juga mengikut batch sehingga semua penerima menerima bayaran seperti yang telah dijadualkan oleh KWSP.

Rujuk: Pembayaran iSinar Seawal 3 Mei 2021 Mengikut Batch. Semak Bayaran Melalui iAkaun

INFO RINGKAS iSINAR KWSP

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Terdapat 2 kriteria kelayakan untuk memohon pengeluaran iSinar Akaun 1 iaitu:

Cara Check Tarikh Bayaran iSinar Setiap Bulan Melalui iAkaun KWSP

TARIKH KREDIT iSINAR KE AKAUN PENERIMA

Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah seperti berikut:

  • 1 Jun sehingga 10 Jun 2021
Nota: Tarikh ini adalah tarikh jangkaan mengikut bayaran sebelum ini yang dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama hari bekerja.

TEMPOH KREDIT AMAUN iSINAR

Tempoh kredit amaun iSinar adalah dalam masa:

  • 1 hingga 5 hari bekerja dan mengikut bank masing-masing.
  • Ahli yang menerima pada 3 Mei sebelum ini akan menerima bayaran pada 3 Jun 2021.
  • Maksimum adalah dalam tempoh 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.

Bayaran iSinar Bulan Jun Bakal Dikreditkan Ke Akaun Masing-Masing Seawal 1 Jun 2021.

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN

Untuk membuat semakan, anda boleh masuk ke laman iAkaun KWSP anda dan buat semakan bayaran seperti berikut:

Cara Check Tarikh Bayaran iSinar Setiap Bulan Melalui iAkaun KWSP

  • Kemudian masukkan USER ID dan klik NEXT.
  • Masukkan PASSWORD akaun anda dan klik NEXT.
  • Kemudian pada bahagian atas, klik WITHDRAWAL.
  • Pada bahagian kiri pula, klik WITHDRAWAL HISTORY.
  • Kemudian klik pada iSINAR.
  • Jadual pengeluaran wang iSinar akan dipaparkan kepada anda mengikut turutan termasuk pembayaran yang telah dilakukan sebelum ini.

Baca juga: Cara Semak Jadual Pembayaran Bulanan iSinar Tanpa Syarat & Pindaan Amaun

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pembayaran wang iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.