Tahukah anda apa itu makna Ramadan?
Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan.
Kehadiran bulan suci Ramadhan menjadi sebuah hadiah yang indah bagi kita, karena padanya kebaikan bernilai lebih serta berlipat ganda dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan lainnya walaupun kita semua sedang bergelut dengan pandemik Covid-19 ketika ini.
Bagi anda terutamanya yang tinggal di Pulau Pinang, boleh mendapatkan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi Ramadan Tahun 2021/1442H, seperti yang dikongsikan ini.
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK SELURUH NEGERI PULAU PINANG
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2021/1442H:

Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
CADANGAN AMALAN BUAT WANITA KETIKA HAID/NIFAS
Wanita yang kedatangan haid atau nifas boleh melakukan beberapa aktiviti ketika bulan Ramadan seperti berikut:
- Membaca/ mendengar AlQuran
- Membaca hadis Nabi
- Berzikir
- Memohon keampunan dari Allah
- Berdoa
- Menjaga lisan
- Hadir majlis ilmu
- Membaca buku agama
- Muhasabah diri
- Berselawat kepada Nabi
- Memberi nasihat amar makruf nahi mungkar
- Menulis pesanan dakwah di media sosial
- Sediakan juadah sahur dan berbuka puasa
- Infaq dan bantu orang dalam kesusahan
- Sebar ucapan salam
- Kejutkan rakan-rakan dan ahli keluarga bangun sahur
