Terkini Bahagian Pasca Perkhidmatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai tarikh bayaran pencen kepada pesara kerajaan bagi tahun 2021 secara bulanan.
Untuk pengetahuan anda juga, jadual bayaran pencen ini diumumkan dengan tujuan memastikan penyediaan bayaran pencen kepada pesara dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen yang akan diterima dibayar mengikut tarikh seperti yang telah ditetapkan.
Jadi, setiap pesara kerajaan tidak perlu lagi tertunggu-tunggu bayaran pencen kerana boleh merujuk jadual bayaran yang akan dikongsikan disini.
TARIKH PENTING UNTUK PESARA / PENERIMA PESARA TERBITAN
Isi Kandungan
Selain daripada tarikh bayaran pencen secara bulanan bagi tahun 2021, juga terdapat pengumuman tarikh penting untuk pesara / penerima pesara terbitan seperti:
- Pencen bulan Disember 2020 telah dikreditkan pada 16.12.2020.
- Pencen pada bulan Januari 2021 nanti akan dibayar pada 21.1.2021 beserta dengan kenaikan 2%.
- Bantuan Khas Kewangan Tahun 2021 akan dibayar pada 25.1.2021, iaitu sama tarikh dengan bayaran RM600 Bantuan Khas Penjawat Awam 2021 yang telah diumumkan.
JADUAL LENGKAP TARIKH BAYARAN PENCEN TAHUN 2021
Berikut adalah jadual lengkap tarikh bayaran pencen tahun 2021 setiap bulan untuk rujukan anda:
- Bayaran pencen melalui Skim B (pesara perlu hadir ke bank untuk membuat tuntutan pencen) boleh ditukar kepada Skim A Berwakil (pengkreditan terus ke akaun bank pesara) dengan mengemukakan Borang Permohonan Pelantikan Wakil Skim A (JPA.BP.SKP.B08) yang telah lengkap berserta dokumen sokongan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan
- Untuk dapatkan cetakan penyata pencen, anda terus sahaja klik disini dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN, NOMBOR AKAUN PENCEN dan klik HANTAR.
APLIKASI MYPESARA
Untuk memudahkan urusan berkaitan urusan pesaraan, anda boleh download aplikasi MyPESARA di:
- Google Playstore : Android
- Apple Appstore: iOS
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai tarikh bayaran pencen serta perkara yang berkaitan di :
- Portal Pencen JPA : http://www.jpapencen.gov.my/
- Telefon: 03 8887 8777
- Emel: [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.