Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya Aidilfitri

2,244

Untuk mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), KPM telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama 2 minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, untuk mengekang penularan wabak Covid-19 dikalangan warga sekolah, KPM telah melaksanakan PdPR agar murid berhak mendapat peluang mendapat pendidikan yang sempurna walaupun tidak dapat hadir ke sekolah seperti biasa.

Dapatkan jadual penuh PdPR selama dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarkan oleh KPM melalui perkongsian ini.

Baca juga: Kaedah PdPR KPM Menggunakan Modul & Berasaskan Projek

JADUAL WAKTU SESI PERSEKOLAHAN SECARA PdPR SELEPAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Berikut adalah jadual waktu sesi persekolahan secara PdPR selepas cuti Hari Raya Aidilfitri:

SESI PERSEKOLAHAN SECARA PdPR

  • Kumpulan A: 11 Mei hingga 15 Mei 2021
  • Kumpulan B: 11 Mei hingga 16 Mei 2021

PdPR 

  • Kumpulan A: 16 Mei hingga 27 Mei 2021
  • Kumpulan B: 17 Mei hingga 28 Mei 2021

CUTI PENGGAL

  • Kumpulan A: 28 Mei hingga 12 Jun 2021
  • Kumpulan B: 29 Mei hingga 13 Jun 2021
KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 dan 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.
Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

INFOGRAFIK JADUAL PdPR SELEPAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Untuk lebih memudahkan,anda boleh merujuk infografik jadual PdPR 2 minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri ini.

Jadual Sesi Persekolahan Secara PdPR Selepas Cuti Raya Aidilfitri

Ini bermakna, cuti persekolahan akan bermula lebih awal daripada dijadualkan.

Ini bermakna, pelajar tidak akan masuk ke kelas bermula pada cuti Aidilfitri dan berlanjutan sehingga tamat cuti penggal iaitu pada 12 Jun bagi Kumpulan A dan Kumpulan B (13 Jun).

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...