Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Penjadualan Semula & Lanjutan Tempoh Moratorium Pinjaman MARA & Sewaan Premis MARA

2,429

Para peminjam MARA boleh membuat permohonan penjadualan semula dan moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

Baca juga: GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP

Permohonan penjadualan semula dan moratorium bayaran balik pinjaman adalah susulan pihak MARA meneruskan program MARA PRIHATIN “Peace of Mind” 2.0.

Malah, usahawan MARA yang terkesan akibat COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bencana banjir boleh membuat permohonan dalam Program Penjadualan Semula Pembiayaan Perniagaan MARA.

INSENTIF MORATORIUM PINJAMAN PELAJARAN MARA

Sebelum ini insentif moratorium pinjaman pelajaran MARA telah disediakan oleh MARA untuk kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, kesan daripada penularan wabak COVID-19.

Insentif penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran ini adalah berkonsepkan one-off dan berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan bermula daripada 01 April 2020 hingga 30 Jun 2020.

GOLONGAN SASARAN PENJADUALAN SEMULA & LANJUTAN TEMPOH MORATORIUM

Golongan sasaran bagi penjadualan semula dan lanjutan tempoh moratorium ialah:

  • Peminjam pinjaman pelajaran MARA
  • Usahawan MARA
  • Penyewa premis perniagaan MARA

Usahawan MARA yang terkesan akibat Covid-19, PKP dan bencana banjir juga boleh membuat Program Penjadualan Semula Pembiayaan Perniagaan MARA.

TEMPOH PENJADUALAN SEMULA BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN & MORATORIUM PINJAMAN

Semua peminjam diberikan tempoh sehingga 31 Mac 2021 untuk membuat permohonan penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran dan moratorium pinjaman.

Penjadualan Semula & Lanjutan Tempoh Moratorium Pinjaman MARA & Sewaan Premis MARA

DISKAUN SEWA PERNIAGAAN

Bagi penyewaan premis perniagaan, MARA telah bersetuju untuk memberi diskaun 30 peratus bagi tempoh enam bulan mulai November 2020 hingga April 2021.

Untuk membantu usahawan MARA, Perdana Menteri menyarankan lebih banyak agensi dan syarikat untuk menawarkan penjadualan semula pinjaman dan diskaun sewa premis perniagaan.

SYARAT KELAYAKAN PENJADUALAN SEMULA PINJAMAN & MORATORIUM PINJAMAN PELAJARAN

Buat masa ini pihak MARA belum lagi menyenaraikan syarat kelayakan untuk permohonan penjadualan semula pinjaman dan moratorium pinjaman pelajaran. Namun peminjam boleh membuat rujukan berdasarkan syarat kelayakan moratorium pinjaman terdahulu iaitu:

  • Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran melebihi tiga (3) bulan semasa tarikh permohonan; DAN
  • Terbukti menerima kesan langsung akibat wabak ini serta Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan ; DAN
  • Merupakan penerima kemudahan Pinjaman Pelajaran termasuk kemudahan Pinjaman Pendahuluan MARA tertakluk kepada perjanjian yang masih berkuatkuasa.

Pastikan permohonan anda lengkap dengan mengemukakan bersama dokumen sokongan sebagai bukti kukuh seperti:

  • Akaun perniagaan
  • Penyata bank
  • Surat perubatan
  • Dokumen berkaitan yan relevan dengan permohonan
Nota: Syarat diatas merupakan syarat permohonan moratorium pinjaman pelajaran yang berkuatkuasa pada 1 April 2020 hingga 30 Jun 2020 semasa pandemik Covid-19 1.0. Untuk rujukan sahaja dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...