Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual Penuh Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2022. Rujuk Disini

7,601

Penerima bayaran faedah PERKESO boleh membuat semakan tarikh bayaran bagi tahun 2022 kerana jadual rasmi telah dikeluarkan oleh PERKESO dengan lengkap.

Seperti anda sedia maklum, bayaran faedah PERKESO 2022 adalah mengikut 2 skim iaitu:

  • Skim Bencana Pekerjaan
  • Skim Pencen Ilat

Jom teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan maklumat yang lebih jelas seterusnya dapatkan Jadual Penuh Bayaran Faedah PERKESO 2022 disini.

2 SKIM BAYARAN FAEDAH PERKESO 2022

Dua skim bayaran faedah PERKESO 2022 ialah:

Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Kemalangan Semasa Kecemasan

Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

Penyakit Khidmat

Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Contoh Penyakit Khidmat

  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan.
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya.

Skim Keilatan

Seseorang yang layak menerima bayaran PERKESO 2022 apabila dianggap sebagai menghidap keilatan setelah mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

JADUAL PENUH TARIKH BAYARAN FAEDAH PERKESO 2022

Berikut adalah jadual penuh tarikh bayaran Faedah PERKESO 2022 untuk rujukan anda:

Jadual Penuh Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2022. Rujuk Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran faedah PERKESO, anda hanya perlu kunjungi portal rasmi PERKESO di pautan berikut:

ATAU

Kunjungi pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...