Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

2,704

Murid-murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara akan mula bersekolah secara bersemuka pada 1 Mac 2021 manakala murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam akan mula bersekolah sedikit lewat 1 minggu iaitu pada 8 Mac 2021 nanti.

Sesi persekolah pada tahun 2021 telah diubah tarikhnya berbanding yang asal akibat penularan pandemik Covid-19 menjadi semakin bertambah dari hari ke hari sehingga memaksa pihak Kementerian Pendidikan mengubah jadual tersebut untuk memastikan keselamatan murid dan guru sepanjang sesi persekolahan diadakan.

Sebagai ibu bapa, anda boleh rujuk jadual tarikh mula sesi persekolahan yang dikongsikan melalui artikel ini.

JADUAL TARIKH SESI PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA 2021

Untuk lebih jelas,anda boleh rujuk jadual tarikh sesi persekolahan secara bersemuka seperti yang dikongsikan ini.

Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

PEMBAHAGIAN KUMPULAN BERSEKOLAH

  • Kumpulan yang akan mula bersekolah pada 1 Mac 2021 ialah murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam bermula pada 8 Mac.
  • Pelajar kolej vokasional bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun Satu Semester Dua dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun Satu Semester Dua akan hadir ke institusi masing-masing pada 1 Mac 2021.
  • Sekolah swasta, ia secara umumnya mengikut jadual sekolah kerajaan sama ada bagi sekolah rendah dan menengah.
  • Bagi sekolah antarabangsa dan institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat yang tidak menawarkan peperiksaan SPM dan peperiksaan umum, termasuk pusat tuisyen boleh mula dibuka pada 8 Mac 2021.
  • Pelajar sekolah menengah, akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April 2021 bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala bagi sekolah di negeri lain pada 5 April 2021.

LALUAN KEPADA CALON SPM 2020

Untuk pengetahuan anda, sekolah menengah memulakan persekolahan lebih lewat untuk memberi laluan kepada pelajar Tingkatan Lima kohort 2020 yang menduduki SPM bermula Isnin ini.

Jadi, Semua murid sekolah menengah akan kembali semula ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan penggal.

Peperiksaan SPM akan berakhir pada hujung Mac dan cuti pertengahan penggal adalah antara 26 atau 27 Mac sehingga 3 hingga 4 April 2021.

MENGAPA PRASEKOLAH, TAHUN 1 & 2 BERSEKOLAH LEBIH AWAL?

Murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 perlu ke sekolah lebih awal kerana:

  • Membolehkan mereka membiasakan diri dengan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah, seperti murid Tahun Satu yang baru masuk ke sekolah.
  • Memberi ruang untuk guru membiasakan anak-anak ini dengan SOP baharu di sekolah dan guru bersama ibu bapa mencari kaedah terbaik berkaitan penyuraian pada akhir persekolahan.

VIDEO PENJELASAN

Anda juga boleh menonoton video yang dikongsikan ini untuk mendapatkan info berkaitan tarikh sesi persekolahan 2021.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...