Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jadual UPKK: Tarikh Peperiksaan Rasmi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)

0 1,927

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. Ujian UPKK dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tujuan utama ujian UPKK diadakan adalah sebagai syarat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Ujian ini juga menjadi syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kerajaan negeri.

Ujian ini akan menguji kebolehan pelajar dalam 8 bidang pengajian iaitu:

  • Al-Quran,
  • Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah),
  • Sirah,
  • Adab ( Akhlak Islamiyah),
  • Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran,
  • Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Amali Solat.

Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.

Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan, peperiksaan bertulis UPKK tahun 2020 akan diadakan dari 28 September 2020 hingga 1 Oktober 2020.

JADUAL WAKTU & TARIKH PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2020

Berikut merupakan jadual waktu dan tarikh peperiksaan UPKK 2020 sebagai rujukan ibu bapa dan juga pelajar. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan UPKK sebagai rujukan.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK 2020
TARIKH WAKTU KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA
3 Februari-21 Ogos 2020  3:00 Petang-4:30 Petang UPKK 08/01 Amali Solat
 3 Februari-21 Ogos 2020  3:00 Petang-4:30 Petang UPKK 07/01 Penghayatan Cara Hidup Islam
17-25 September 2020  3:00 Petang-4:30 Petang
3:00 Petang-4:30 Petang
UPKK 01/01
UPKK 01/02
Tadarus Dan Tilawah Al-quran (Lisan)
Hafazan Dan Tafsir Al-quran (Lisan)
 28 September 2020 (Isnin)  3:00 Petang-4:30 Petang UPKK 02/01 Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah) 1 Jam 30 Minit
29 September 2020 (Selasa)  2:15 Petang-3:45 Petang
4:00 Petang-5:30 Petang
UPKK 03/01
UPKK 05/01
Sirah
Pelajaran Jawi Dan Khat
1 Jam 30 Minit
1 Jam 30 Minit
30 September 2020 (Rabu)  2:15 Petang-3:45 Petang
4:00 Petang-5:00 Petang
UPKK 04/01
UPKK 04/02
Adab (Akhlak Islamiyah I)
Adab (Akhlak Islamiyah II)
1 Jam 30 Minit
1 Jam
 1 Oktober 2020 (Khamis)  2:30 Petang-4:30 Petang UPKK 06/01 Lughah Al-quran 2 Jam
SENARAI MATA PELAJARAN YANG DINILAI
Al-Quran Sirah
Jawi dan Khat Penghayatan Cara Hidup Islam
Amali Solat Asas Luqhatul Qura
Adab (Akhlak Islamiyah) Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat)
GRED PEMARKAHAN
GRED MARKAH
A (Tahap Cemerlang) Tahap Cemerlang
B (Tahap Baik) Tahap Baik
C (Tahap Memuaskan) Tahap Memuaskan
D (Tahap Kurang Memuaskan) Tahap Kurang Memuaskan
INFORMASI
Untuk muat turun jadual penuh peperiksaan UPKK (RASMI) sila klik pautan di bawah:
👉Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2020
INFO BERKAITAN
👉Koleksi Soalan Bahasa Inggeris UPSR Kertas 1 Bahagian A
👉Nota Lengkap Matematik UPSR
👉Nota Lengkap BM UPSR
👉Koleksi Istilah & Definisi Sains KSSR Tahun 4, 5, 6
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...