Jangan seronok sangat ya sekiranya anda mendapat tawaran kerja secara serta merta semasa sesi interview dijalankan. Risau pula nanti anda hanya bekerja sebulan dan selepas itu terus berhenti. Mengapa? Mungkin kerana janji yang ditaburkan ketika temuduga tidak seindah yang anda lalui.
Sebenarnya anda sudah boleh rasakan bahawa anda bakal ditipu oleh syarikat atau majikan sejak anda lalui sesi temuduga lagi. Bagaimana nak tahu apakah trick majikan yang suka berjanji palsu dengan bakal pekerjanya?
Semak disini apakah tanda-tanda anda bakal ditipu hidup-hidup oleh bakal majikan anda.
5 TANDA ANDA DITIPU BAKAL MAJIKAN
Isi Kandungan
Ingat, jika penemuduga bersikap seperti yang dikongsikan ini, jangan sesekali anda menerima tawaran untuk bekerja di syarikat tersebut ya.
1. TAK NAK DENGAR JAWAPAN CALON
Bukan main lagi calon berikan jawapan pada soalan yang dilontarkan. Tetapi penemuduga pula dengar tak dengar sahaja jawapan yang diberikan. Dari situ anda sudah boleh agak penipuan yang bakal berlaku. Pada masa yang sama, penemuduga tidak melakukan body languange seperti eye contact dengan anda. Malahan, soalan yang anda kemukakan juga dijawab acuh tidak acuh atau langsung tidak menjawab soalan tersebut. Hati-hati, mungkin majikan akan menyuruh anda melakukan kerja di luar skop yang diiklankan.
2. GAJI YANG BERBEZA
Lain yang diiklankan, lain pula gaji yang dapat. Dalam iklan RM1500 gaji ditawarkan. Tetapi apabila terima gaji, hanya RM1200 sahaja. Ditambah pula dengan waktu kerja yang tidak sistematik dan suasana kerja yang tidak menyeronokkan seperti yang diceritakan semasa interview sebelum ini.
3. TIADA GAJI SEMASA TRAINING
Gaji masuk, tetapi julahnya sedikit. Rupa-rupanya bila di check, semasa tarining, gaji tidak diberikan. Sedangkan sudah dinyatakan ada pembayaran semasa training. Nampak, sudah terang lagikan berusuluh. Syarikat sudah menipu anda, Jangan tunggu lama, cepat buat pencarian kerja yang baharu ya.
4. TIADA KEMUDAHAN / BENEFIT
Jangan segan untuk bertanya apakah kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat kepada anda setelah anda bersetuju untuk menerima tawaran bekerja. Jika tiada potongan KWSP, PERKESO, Elaun dan sebagainya yang penting, jangan terima pekerjaan tersebut. Pastikan anda punyai caruman nntuk masa depan serta kebajikan ketika bekerja.
5. MENYENTUH KEHIDUPAN PERIBADI
Majikan tidak perlu dan tidak boleh menyentuh kehidupan peribadi setiap pekerjanya. Ia adalah salah untuk menyentuh kehidupan peribadi seseorang serta keluarga pekerjanya. Adakah majikan yang baik melakukan perkara seperti ini untuk memajukan syarikatnya? Jika anda mengalami situasi ini. fikirkan untuk mencari pekerjaan baru melalui MyFutureJobs dengan segera.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.