Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Jawatan Juruteknik Komputer FT19 Telah Dibuka! Kekosongan Seluruh Negara

2,432

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mempelawa pemilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf untuk memohon jawatan sebagai Juruteknik Komputer Gred FT19.

Baca dahulu syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan dan mohon jawatan ini dengan segera sebelum tarikh tutup.

Jawatan ini dibuka dengan jumlah kekosongan sebanyak 322 dan mana tahu andalah calon yang seterusnya untuk menjawat ini.

INFO RINGKAS JAWATAN JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

Dapatkan dahulu info ringkasan jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 seperti berikut:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,377.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda digalakkan membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh berikut:

  • 30 Januari 2022

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan bagi jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,377.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,435.12)
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred FT19: RM1,493.24)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

DESKRIPSI TUGAS

Skop tugasan sebagai Juruteknik Komputer Gred FT19 pula:

  • Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

IKLAN JAWATAN

Permohonan Jawatan Juruteknik Komputer FT19 Telah Dibuka! Kekosongan Seluruh Negara

Bagi yang belum mendaftar dengan SPA9, ikuti langkah-langkah mendaftar seperti berikut:

Kalau nak dapatkan pekerjaan yang lain-lain, anda boleh search di laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...