Jawatan Kosong: Guru KAFA Menengah Yayasan Islam Pulau Pinang. Ini Syarat Permohonan

Rakyat Negeri Pulau Pinang yang layak dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Guru KAFA Menengah Pulau Pinang dibawah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP).

Permohonan adalah secara online sahaja melalui pautan yang ditetapkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang.

Sekiranya anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan.

INFO RINGKAS JAWATAN GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG

Berikut adalah info ringkas mengenai jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang:

  • Jawatan: Guru KAFA Menengah Pulau Pinang
  • Taraf Jawatan: Kontrak (Sambilan)
  • Kadar Elaun: RM700 (3 jam x 3 hari seminggu)
  • Kekosongan: 24 kekosongan

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda yang berminat untuk mengisi jawatan sebegai Guru KAFA Menengah Pulau Pinang dipelawa untuk membuat permohonan sebelum:

  • 30 September 2021 (Khamis) jam 5 petang

SYARAT PERMOHONAN GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG

Pastikan anda membaca terlebih dahulu syarat-syarat untuk memohon jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang yang telah ditetapkan.

Syarat-syarat permohonannya ialah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 20 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh permohonan ditutup.

Syarat permohonan dari segi akademik pula adalah seperti berikut:

  • Mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) atau Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam.
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

CARA MOHON

Seperti yang dimaklumkan, permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

  • https://docs.google.com/forms/
  • Pastikan anda mengisi borang permohonan dengan menggunakan huruf besar.
  • Permohonan yang lewat/tidak menepati syarat/tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipanggil untuk sesi temuduga

Jawatan Kosong: Guru KAFA Menengah Yayasan Islam Pulau PInang. Ini Syarat Permohonan

Nota: Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda menghantar borang permohonan anda lengkap dengan dokumen sokongan berikut:

  • Resume terkini lengkap bergambar
  • Sijil-sijil peperiksaan dan akademik
  • Kad pengenalan
  • Gambar berukuran pasport

IKLAN JAWATAN

Info lengkap mengenai jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang, sila rujuk iklan jawtan berikut:

Jawatan Kosong: Guru KAFA Menengah Yayasan Islam Pulau PInang. Ini Syarat Permohonan

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang sila hubungi Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) disaluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.