Lepasan SPM Sehingga Ijazah Sarjana Muda Dipelawa Mengisi Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia

Lembaga Getah Malaysia mempelawa warganegara Malaysia dari lepasan SPM sehingga Ijazah Sarjana Muda untuk mengisi 9 kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan adalah secara online sahaja sebelum tarikh tutup permohonan.

Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan info lengkap mengenai permohonan jawatan di Lembaga Getah Malaysia. Seterusnya buat permohonan setelah anda membaca semua info yang diperlukan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pemohon digalakkan untuk membuat permohonan sebelum:

  • 20 September 2021

Baca juga: [Jawatan Kosong] 6 Jawatan Menanti Anda Di Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor. Mohon Segera!

9 JAWATAN KOSONG LEMBAGA GETAH MALAYSIA

9 jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia yang boleh dipohon oleh Lepasan SPM dan Ijazah Sarjana Muda ialah:

  1. Pegawai Tadbir (Pembangunan Perniagaan & Pemasaran): Gred N48
  2. Pegawai Teknologi Maklumat: Gred F41
  3. Pegawai Tadbir (Perolehan): Gred N41
  4. Pegawai Penyelidik: Gred Q41/Q43/Q47/Q51/Q53
  5. Penolong Jurutera: Gred JA29
  6. Penolong Pegawai Tadbir: Gred N29
  7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi): Gred N19
  8. Pembantu Setiausaha Pejabat: Gred N19
  9. Pembantu Penyelidik: Gred Q19

SYARAT UMUM

Syarat umum untuk permohonan jawatan di Lembaga Getah Malaysia yang perlu dipenuhi ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun.
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Syarat mengikut jawatan sila rujuk: https://docs.google.com/

CARA MOHON

Permohonan mestilah melalui laman web berikut:

Atau pada link dan kod QR dibawah:

Lepasan SPM Sehingga Ijazah Sarjana Muda Dipelawa Mengisi Jawatan Kosong Di Lembaga Getah Malaysia

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Cik Noor Nabilah Binti Mohamad Zaidee (Unit Pembangunan Sumber Manusia/Seksyen Perjawatan) Lembaga Getah Malaysia di talian:

  • 03-9206 2000 ext : 2205
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.