Senarai Jenama Tepung Gandum Tanpa Pemutih Di Pasaran Yang Anda Boleh Beli Untuk Resepi Kueh Berbuka Puasa Anda

107

Juadah Kuih Di Bulan Puasa

Pastinya anda sudah senaraikan jenis-jenis kuih yang akan dibeli dan bakal dihidang sepanjang bulan puasa nanti. Pelbagai juadah yang sudah terbayang diminda bakal dinikmati ketika berbuka puasa dan sudah pastinya sedap-sedap belaka.

Antaranya karipap, donut, buah melaka, puteri ayu, cucur keria,cucur badak, apam balik dan pelbagai jenis lagi kuih yang ada di Malaysia.

kuih muih

Bazar Ramadhan Tak Ada

Sedih pula bila difikirkan kerana tidak berpeluang untuk ke bazar Ramadhan untuk tahun ini kerana PKP.

Maka tidak dapatlah kita semua membeli dan merasa kesedapan kuih muih sepanjang Ramadhan nanti.

Nanti dulu, anda boleh membuat sendiri kuih yang anda ingin di rumah. Untuk membuat kuih pula, bahan utama yang perlu ada adalah pelbagai jenis tepung seperti tepung gandum, tepung beras, tepung jagung dan tepung ubi.

Jika ingin menggunakan tepung gandum, terdapat beberapa cadangan tepung gandum tanpa pemutih yang sesuai digunakan untuk membuat kuih.

7 Jenis Tepung Gandum Tanpa Pemutih

Tepung gandum tanpa bahan pemutih atau ‘unbleached flour’ adalah tepung halus yang tidak mempunyai sebarang agen pemutih yang ditambahkan kepadanya.

Tepung yang ada bahan pemutihan (benzoyl peroxide) tidak mempunyai banyak kesan pada rasa tepung – walaupun sesetengah orang mengatakan bahawa mereka boleh merasakan perbezaan tersebut, jadi jika anda sangat sensitif, anda mungkin termasuk dalam kategori ini – tetapi ia mengubah warna tepung ke putih terang.

Berikut adalah senarai 7 jenis tepung gandum tanpa pemutih yang ada dijual di kedai-kedai berhampiran anda.

  1. Tepung Gandum Jenama Fikri
  2. Tepung Gandum Jenama Faiza
  3. Tepung Gandum Jenama Cap Ros
  4. Tepung Gandum Jenama Bakers’ Choice
  5. Tepung Gandum Jenama SFM
  6. Tepung Gandum Jenama Bunga Cempaka
  7. Tepung Gandum Jenama Lili

fikri

faiza

cap ros

bakers

sfmtepung

tpgcempaka

lili1

Jadi, anda boleh dapatkan salah satu tepung gandum ini di kedai yang berhampiran untuk anda siapkan kuih anda nanti.

Selamat mencuba.

Comments
Loading...