Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

JKM: Tarikh Bayaran Bantuan Bulanan & Semakan Pembayaran

10,478

Setiap bulan pastinya penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menantikan wang bantuan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing untuk membeli barang keperluan dan sebagainya. Sudah pastinya masing-masing ingin tahu tarikh pembayaran bantuan JKM ini dengan tepat agar tidak lagi tertunggu-tunggu wang bantuan tersebut.

Mereka yang menerima bantuan JKM ialah:

  1. Kanak-kanak
  2. Warga emas
  3. Orang Kurang Upaya (OKU)
  4. Keluarga
  5. Orang papa
  6. Mangsa bencana
  7. Mangsa keganasan rumah tangga
  8. Pesalah muda
  9. Komuniti rentan
  10. Mangsa pemerdagangan orang

TARIKH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

Pembayaran bantuan bulanan JKM adalah seperti berikut:

  • Bantuan Bulanan JKM : Dibayar setiap bulan selepas 20 hari bulanan pada setiap bulan.
  • Bayaran bulanan JKM : Diawalkan sebulan lebih awal sejak bulan Mac 2020.

CONTOH PEMBAYARAN

  • Bantuan Bulanan JKM bagi bulan November akan dibayar bermula 20 Oktober. Iaitu awal sebulan.

CARA PEMBAYARAN

  • Pembayaran dibuat secara berperingkat mengikut jenis bank penerima Bantuan Bulanan JKM.

Juga rujuk: Jadual Pembayaran Bantuan Bulanan JKM 2021

SENARAI KATEGORI SKIM BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Berikut adalah senarai kategori skim bantuan yang disalurkan kepada penerima secara bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM150 – RM1,000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC) : RM450
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) : RM300
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) : RM500
  • Bantuan Orang Tua (BOT) : RM500
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM100
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM250 – RM500
  • Bantuan Latihan Perantis (BAP) : RM200

CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

Mudah sahaja untuk membuat semakan kerana anda hanya perlu online seperti berikut:

  • Klik www.www.jkm.gov.my untuk semakan bayaran bulanan JKM.
  • Kemudian LOG MASUK dan buat semakan bayaran.
  • Jika bayaran telah dikreditkan, check wang anda di akaun bank secara online (Sekiranya ada, terus ke bank dan ambil wang anda).

CARA MOHON BANTUAN BULANAN JKM

Dapatkan cara untuk mohon serta syarat kelayakan di pautan berikut:

CARA DAFTAR & KEMASKINI BANTUAN JKM

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh berhubung dengan bantuan JKM, sila hubungi Pejabat JKM negeri atau ibu pejabat di saluran berikut:

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...