Jom Masuk Institut Kraf Negara & Semak Syarat Program Disini

Tidak ramai anak muda yang berminat dengan seni kraftangan seperti batik, tenunan, kayu, logam, seramik dan rotan. Namun industri ini semakin mendapat perhatian dikalangan masyarakat dan seterusnya melibatkan program pemasaran, kajian dan penyelidikan, pembangunan keusahawanan, pemuliharaan dan pemeliharaan kraf serta latihan.

Jika dulu seni kraftangan dijadikan hobi, tetapi masa kini ianya sudah menjadi satu kerjaya dan semakin mendapat tempat dikalangan ramai orang.

Anda juga boleh dapatkan latihan di Institut Kraf Negara sekiranya anda benar-benar membina kerjaya anda dalam biang kraftangan.

INFO RINGKAS INSTITUT KRAF NEGARA

Institut Kraf Negara atau IKN merupakan sebuah institusi yang menawarkan pengajian berteraskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan akademik untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dalam bidang kraf industri kreatif seiring dengan kehendak industri.

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Antara program pengajian yang ditawarkan di Institut Kraf Negara adalah:

  • Program Diploma: 3 Tahun: Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor
  • Program Sijil: 2 Tahun: Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor

Jom Masuk Institut Kraf Negara & Semak Syarat Program Disini

  • Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM): 2 Tahun: Institut Kraf Negara, Rawang, Selangor, Kampus Satelit Sabah dan Kampus Satelit Sarawak.

Jom Masuk Institut Kraf Negara & Semak Syarat Program Disini

PROGRAM DIPLOMA DAN SIJIL DI INSTITUT KRAF NEGARA

Antara kursus yang ditawarkan ialah:

  • Seni Kraf Batik
  • Tenunan
  • Kayu
  • Logam
  • Seramik
  • Rotan

SYARAT KELAYAKAN DIPLOMA DAN SIJIL INSTITUT KRAF NEGARA

Antara syarat kelayakan untuk Diploma dan Sijil di institut Kraf Negara ialah:

  1. Berumur 18 hingga 30 tahun
  2. Lepasan SPM/STPM
  3. Wajib Lulus BM dan SEJARAH
  4. Minimum 3 kredit (Diploma)
  5. Minimum 1 kredit (Sijil)
  6. Minat dalam seni kraf

PROGRAM SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Antara kursus yang ditawarkan ialah:

1. Institut Kraf Negara

  • Seni Kraf Batik
  • Tenunan
  • Kayu
  • Logam
  • Seramik
  • Rotan

2. Kampus Satelit Sabah

  • Jurukraf Rotan Kanan: Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Inanam, Sabah
  • Penyelia Songket & Dastar: Tahap 3 bertempat di Kampus Satelit Kota Belud Sabah

3. Kampus Satelit Sarawak

  • Penyelia Tenun Pua: Tahap 3 bertempat di Betong, Sarawak
  • Penyelia Songket & Dastar: Tahap 1-3 bertempat di Kuching, Sarawak

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka dan permohonan boleh dibuat secara online bermula:

  • 1 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021

BORANG PERMOHONAN

Anda boleh dapatkan borang permohonan secara online di www.ikn.gov.my dan bagi negeri Sabah dan Sarawak sila dapatkan borang permohonan di:

SABAH

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sabah)
Blok A, 1 & 2 Lorong Buah Salak,
Hiong Tiong Industrial Centre,
KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam
88450 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088 433 461

Atau

Pusat Inkubator Kraf Kota Belud
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
No. 66, Kampung Pirasan, Jalan Ranau, 89150 Kota Belud, Sabah
Tel : 089 977 718

SARAWAK

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Cawangan Sarawak)
Lot 3057, Blok 18, Daerah Salak
Jalan Stadium, Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-444 205

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Unit Hal Ehwal Pelajar, IKN di saluran berikut:

  • Unit Hal Ehwal Pelajar
    Institut Kraf Negara
    (Encik Syahrul Nizam / Puan Mariam / Puan Suraya)
  • Telefon : 03 – 6091 5322
  • Emel : [email protected]
  • WhatsApp : www.wasap.my/+60193005709/jom+masuk+ikn
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.